Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 1, 2020 @ 12:32pm

1000 Lot Niaga Ditawarkan Buat Anak Muda Yang Hilang Pekerjaan

Sebanyak 1,000 lot perniagaan seperti kiosk dan trak makanan kepada golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akibat krisis Covid-19 akan diwujudkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, kesemua lot perniagaan tersebut akan ditempatkan di beberapa buah lokasi strategik di ibu negara dan Putrajaya dengan bayaran sewa bulanan yang berpatutan.

Permohonan Online mula dibuka 1 Julai Ini

Sumber : Google

Permohonan secara dalam talian akan dibuka kepada pemohon mulai 1 Julai dan berharap golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan supaya membuat permohonan, dan kementerian akan bertindak tegas memastikan tiada pihak mengambil kesempatan termasuk menyewakannya kepada warga asing.

“Buat permulaan ini, 400 kios kecil dan besar akan ditempatkan di kawasan strategik seperti tempat pejalan kaki dan tumpuan pelancong di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bintang Walk, Little India dan sekitar Bangunan MARA dan termasuk perhentian bas di ibu negara dan Putrajaya.

“400 lot lagi adalah untuk trak makanan di lokasi yang kita rasakan sesuai manakala 200 lagi adalah lot di dalam pusat membeli belah seperti di Berjaya Times Square dan sebagainya,”Katanya.

Peniaga dibenarkan membina kiosk sendiri

Sumber : Google

Tambahnya lagi, sebahagian kios berkenaan telah siap disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain peniaga boleh membina kios sendiri mengikut saiz dan reka bentuk yang telah dipersetujui.

Malah, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam mendapatkan modal perniagaan dan latihan-latihan berkaitan yang diperlukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Tampilkan Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira & Ramai Lagi, Intuisi Evolusi Emas Semarakkan FFM 33

Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Intuisi Evolusi Emas FFM33 untuk menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33).

Trending Mon, 9 Jul 2018

别再被骗!六点真相证明《小叮当》大雄根本是个超级天才!

相信不少大小朋友,小时候都曾经看过漫画或是卡通版的《小叮当》吧?每次考零分的大雄都把大家骗了,六点真相证明大雄根本是个超级天才!

Trending Sun, 27 Aug 2023
Featured Sat, 10 May 2025

Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Menurut segelintir netizen, tayangan pada tarikh yang sama adalah tidak logik.

Featured Thu, 2 Feb 2023
Featured Thu, 10 Aug 2023
error: Content is protected !!