Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana July 13, 2023 @ 6:30pm

Filem ‘Cult Classic’ 80-an Versi Reboot, ‘Rahsia’ Bakal Ditayangkan Ogos Ini!

Pernah dinobatkan sebagai filem seram pertama yang memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987, Rahsia bakal ditayangkan di pawagam dalam versi Reboot.

Rahsia, pernah diarahkan oleh Othman Hafsham dan berjaya mengangkatnya sebagai Pengarah Terbaik FFM7,dan kini legasinya diteruskan oleh anaknya, Shamyl Othman untuk mengarahkan filem reboot Rahsia serta dibantu oleh Alfie Palermo sebagai penulis lirik.

Menurut Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, dia memilih filem Rahsia kerana ia merupakan karya ‘cult classic’ yang mempunyai pengikutnya tersendiri.

“Kejayaannya dalam melakar fenomena pada tahun 1987 bukan sekadar memberi impak pada penonton, tetapi juga pada landskap industri perfileman negara apabila menjadi filem seram pertama yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia. Bahkan kami percaya jalan ceritanya masih relevan sehingga kini.”

“Mungkin generasi baru tidak begitu mengetahui tentang filem Rahsia 1987, jadi kami berharap kehadiran versi reboot ini dapat mencipta satu lagi sejarah baru. Apatah lagi filem tempatan jarang diangkat untuk dijadikan filem reboot berbanding filem-filem dari negara luar. Kami tidak berniat untuk menyaingi filem yang asal tetapi ini adalah satu bentuk penghargaan terhadap karya-karya terbaik Malaysia dan kami berusaha untuk tidak mengecewakan penggemarnya.” jelasnya.

Rahsia mengisahkan tentang pembongkaran sejarah silam sebuah keluarga ketika Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila Saiful telah hilang ketika mereka berkelah di tepi pantai.

Kehilangan Saiful dipercayai berpunca daripada kuasa mistik dan Ramlah kerap diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Antara pelakon yang terlibat menjayakan reboot filem Rahsia ini ialah, Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Filem ini akan menghantui peminat melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos ini dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Jul 2024

Kongsi Pengalaman IVF, Tunku Azizah Dedah Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa!

Allahu! Sebak pula dengar perkongsian Tunku dan Tokti😭❤️

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

童年回忆「天线宝宝」丁丁扮演者离世

英国广播公司(BBC)製作的幼儿节目《天线宝宝》(Teletubbies),自1997年开播后,红遍全球,是不少人的童年回忆。扮演紫色天线宝宝「丁丁」(Tinky Winky)的男星西蒙班纳斯(Simon Barnes)于17日离世,享年52岁。

Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Tue, 16 May 2023

“Setengah Orang Bila Travel Every Corner Nak Ambil Gambar Ke?” – Mood Killer! Tiz Zaqyah Luah Rasa Berang

“Paling semak bila dia fikir gambar dia je kena lawa” – Tiz Zaqyah 😌

Selebriti Sat, 10 Feb 2018

BUKTI SHEILA ON 7 MASIH ‘BERBISA’

Walaupun hanya mengenakan seluar jeans dan tshirt hitam, aura Duta ternyata masih kuat! Tanpa perlu bertukar ganti baju, susunan muzik yang padu, kumpulan yang dianggotai oleh  Adam, Eross Chandra, Brian Kresno Putro dan Duta selaku vokalis ini sememangnya layak mendapat standing ovation!

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

error: Content is protected !!