Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 27, 2024 @ 2:33pm

Kongsi Pengalaman IVF, Tunku Azizah Dedah Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa!

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih mengenai pengalaman penyanyi nombor satu negara dalam mendapatkan zuriat.

Tunku Azizah berkata, Datuk Seri Siti Nurhaliza hampir maut selepas melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Mengakui pengalaman mendapatkan zuriat melalui proses persenyawaan in vitro (IVF) sangat mencabar, Tunku Azizah bagaimanapun memaklumkan ia adalah rezeki yang telah ditentukan Tuhan.

“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafiyah,” titah baginda.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Comel Si Pipi Merah ini mengakui, Allah menduganya dari segi cahaya mata walaupun dia dikurniakan dengan pelbagai rezeki.

Bahkan, Siti mengaku terpaksa berdepan komplikasi ketika melahirkan anak sulungnya itu.

“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tak banyak share dgn masyarkaat. Tapi Tuanku tahu lebih awal.

“Semua pun dah tahu perjalanan saya. Saya ada rakam dan tunjuk di Youtube.

“Nak dapat cahaya mata ni sangat  mencabar, bukan sebagai wanita je, tapi sebagai hamba Allah.

“Allah bagi saya macam-macam rezeki. Dari segi kerja dan sebagainya. Tapi, Allah duga saya dari segi cahaya mata.

“Saya percaya pada rezeki Allah. Allah akan bagi tepat pada masanya.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya lalui, Allah bagi tepat pada masanya. Saya decide untuk memiliki Aafiyah,” ulasnya.

Dalam pada itu, Siti menjelaskan ketika menjalani proses IVF, dia terpaksa memperlahankan karier seninya demi impian untuk menjadi seorang ibu.

“Saya berhenti selama setahun (karier) untuk hamil dan Alhamdulillah, Allah jawab doa saya dan selamatkan saya dan saya ambil keputusan untuk hamil kali kedua,” ujarnya.

Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media  Pembukaan Rasmi Alhaya Fertility Centre yang berlangsung di Damansara Specialist Hospital 2, Bukit Lanjan, Petaling Jaya.

Program IVF Nurjiwa dengan kolaborasi bersama Alhaya Fertility adalah sebuah usaha penuh kasih sayang untuk membantu pasangan suami isteri yang telah lama menanti hadirnya zuriat dalam hidup mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

四叶草出道4年首场演唱会 负伤上阵显敬业

凭着开朗清新的形象,加上甜美声线的“大马国民女神”Joyce四叶草(朱主爱)出道4年,上周在澳门完成了个人首场演唱会;早前因拍戏扭伤脚的四叶草,敬业的她在看过医生后仍落力演出,演唱不同曲风歌曲,让粉丝见证了她的成长。

Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Featured Sat, 16 May 2020
Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Trending Tue, 3 Jul 2018

A Better Strategy to Reducing Single-Use Plastics

It’s high time we stop using disposable plastics which harm the environment so terribly.

Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

Featured Thu, 19 Oct 2023
Hiburan Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

Amira Othman bakal adakan showcase di bawah pengurusan Fattah Amin

error: Content is protected !!