Hiburan By: Padin August 24, 2025 @ 4:58pm

Issey Fazlisham Pentaskan Teater Dalam Penjara, Mahu Suntik Semangat Patriotisme

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, pelakon dan pelawak Issey Fazlisham tampil dengan kelainan apabila membawa pementasan Teater Dalam Penjara bersempena Makar Fest yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini di KotaJail, Johor Bahru.

Issey yang juga tonggak utama festival anjuran bersama Red Bean Productions berkata, naskhah arahan Sabri Yunus itu dipilih kerana sarat mesej positif dan mampu menyemarakkan rasa cintakan negara.

“Dalam Makar Fest kali ini, kelainan yang saya bawakan adalah pementasan Teater Dalam Penjara sebenar yang pertama di Malaysia. Apa yang menarik, ia dipentaskan betul-betul di KotaJail, iaitu penjara keempat tertua di Malaysia yang berusia lebih 100 tahun. Dahulu di sinilah ramai banduan ditempatkan.

“Bayangkan, kami mementaskan teater dalam penjara lama yang kini dinaik taraf sebagai tarikan pelancongan di Johor Bahru. Jadi, pengunjung bukan sekadar menonton teater, tetapi turut merasai suasana sebenar seperti berada dalam penjara,” katanya.

Menurut Issey, pementasan itu sejajar dengan usahanya menyuntik semangat cintakan tanah air melalui mesej yang ingin disampaikan.

“Antara mesej utama yang kami bawakan ialah sesiapa yang melakukan kesalahan pasti menerima hukuman. Salah tetap salah. Teater ini boleh mendidik kita agar sentiasa patuh undang-undang.

“Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling mengingatkan supaya tidak melanggar undang-undang kerana itulah tanda kita sayangkan negara. Kalau benar cintakan tanah air, kita tidak akan lakukan sesuatu yang boleh memalukan atau mencalarkan nama negara.

“Saya selalu ingatkan diri dan orang lain, jangan fikir apa sumbangan negara pada kita, sebaliknya fikir apa yang kita boleh sumbangkan untuk negara. Dengan cara itu, apa sahaja kebaikan yang dilakukan, walau kecil sekalipun, tetap menjadi sumbangan kepada tanah air,” ujarnya.

Tambah Issey, Makar Fest kali ini turut mengetengahkan isu semasa melalui penganjuran Kempen Anti Buli, berikutan jenayah buli yang semakin meresahkan masyarakat.

“Kempen ini adalah tanda sayang kita kepada negara. Apa makna kemerdekaan jika kita masih dibelenggu jenayah buli? Jadi, kami mahu ajak semua orang, terutama anak muda, untuk menolak budaya ini.

“Di Makar Fest, khalayaknya terdiri daripada keluarga dan golongan muda. Jadi, suara mereka sangat penting sebagai penyambung generasi. Kami mahu tunjukkan sikap tegas bahawa masyarakat menolak budaya buli. Kami harap bukan hanya warga Johor, tetapi juga orang ramai dari seluruh negara datang bersama-sama menyertai program ini sambil meraikan erti kemerdekaan,” katanya lagi.

Makar Fest akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 1 September 2025 di KotaJail, Johor Bahru. Selain teater, pelbagai acara lain turut dianjurkan termasuk Break the Silence (rap, tarian dan grafiti), Malam Kebudayaan Makar Fest, Pesta Makar Fest (Indie Band), Family Got Talent, pertandingan mewarna wau bulan dan banyak lagi.

Sebagai makluman, KotaJail yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Ayer Molek berusia 143 tahun, kini berubah wajah menjadi destinasi pelancongan baharu di Johor Bahru yang diuruskan jenama JOHO.

Bangunan bersejarah ini menyimpan pelbagai kisah penghuninya dan mula dibuka secara rasmi sebagai tarikan pelancong sejak 14 Mac lalu, dengan mengekalkan struktur asalnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Jun 2022

Ditawar RM1.3 Billion, Johnny Depp Didakwa Bakal Beraksi Sebagai Kapten Jack Sparrow Semula?

Rindunya nak tengok Johnny Depp berlakon jadi Jack Sparrow! Min belanja sikit ayat famous dia, “Why fight when you can negotiate,” 🔥🙌 Deep!

Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Hiburan Thu, 1 Feb 2018

MIRA FILZAH TUKAR ANGIN?

Mira berkata dia sudah bersedia menerima segala kritikan dan kecaman netizen sepanjang dia mengendalikan program tersebut

Events Mon, 23 Dec 2024
Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Bergabung Meletup” – Nyanyian Nuha Bahrin & Nissa Sabyan Buat Peminat Teruja

Wow!! Nuha duet dengan Nissa Sabyan guys! Letupss arab dia orang!!

Featured Wed, 17 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Peminat MU jangan kecewa ya kena scam dengan Elon Musk. Alamak, beraninya makan tiram mentah RM6 je! Eh, kenapa netizen tak setuju tu? Katanya air tangan Kabir Bhatia lagi mantap? Ini Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Tue, 22 Nov 2022

Tak Sabar Menunggu, DSV Buntu Siapa Perdana Menteri Baharu – “Lama-Lama Dah Keras Macam…”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tular di media sosial kerana berang akan Pilihan Raya Umum 15 yang baru sahaja tamat pada 19 November 2022 yang lalu. Vida sudah tidak dapat menahan sabar menunggu siapa bakal […]

error: Content is protected !!