Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 20, 2018 @ 11:21am

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Selepas didapati bersalah mencuri bawang di sebuah pasar raya berjumlah RM11.26, seorang pekerja khidmat pelanggan dipenjara tiga hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan Zara Mydin Melaka Sentral didakwa dengan niat curang mencuri dua beg plastik bawang besar bernilai RM11.26 milik syarikat itu pada 12.04 tengah malam 6 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana mempunyai gaji tetap dan tidak sepatutnya mencuri.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Sun, 3 May 2026

Raikan 543 Pelajar PTTI Raih Straight A SPM Termasuk Alyssa Dezek, Syed Saddiq Kagum Pengorbanan Ibu Bapa

Tahniah semua pelajar cemerlang SPM, semoga menjadi insan yang berguna untuk ibu bapa & negara!

Hiburan Sun, 17 Aug 2025

Harris J Kembali Dengan EP ‘Revival’, Simbol Perjalanan Spiritual & Kematangan Seni

EP Revival yang memuatkan enam buah lagu sarat dengan mesej keimanan, cinta serta perjalanan rohani.

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Tue, 4 Sep 2018

Teh Tarik Condoms Exist?!

That’s a new way of consuming teh tarik.

error: Content is protected !!