Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 3, 2026 @ 4:41pm

Raikan 543 Pelajar PTTI Raih Straight A SPM Termasuk Alyssa Dezek, Syed Saddiq Kagum Pengorbanan Ibu Bapa

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar yang disifatkannya sebagai antara faktor utama di sebalik kejayaan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menurut Syed Saddiq, masyarakat tidak seharusnya hanya melihat keputusan peperiksaan semata-mata tanpa memahami perjalanan dan cabaran yang ditempuhi pelajar untuk mencapai kejayaan tersebut.

“Saya sangat kagum apabila melihat di sebalik setiap kejayaan anak-anak yang memperoleh straight A, ada pengorbanan besar daripada ibu bapa dan juga guru-guru yang bertungkus-lumus membantu mereka.

“Kalau kita lihat pencapaian ini sampai tiga kali masuk Malaysia Book of Records, ia memang luar biasa. Tapi jangan hanya tengok pada gred sahaja, lihat juga pengorbanan di sebalik keputusan itu,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika hadir merasmikan sesi pagi Majlis Anugerah Inspirasi 2026 anjuran PTTI Group Sdn. Bhd. di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pagi tadi.

Tambah Syed Saddiq, kisah pelajar yang berjaya mengubah pencapaian akademik dalam tempoh singkat turut memberi inspirasi kepadanya.

“Tadi ada dikongsikan kisah seorang pelajar OKU yang sebelum ini gagal Matematik tetapi akhirnya berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan selepas beberapa bulan sahaja.

“Itulah pentingnya intervensi pendidikan, disiplin pelajar dan sokongan ibu bapa. Saya rasa perkara seperti ini yang perlu terus diterapkan,” ujarnya.

Syed Saddiq turut mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan seluruh warga PTTI atas usaha membantu ramai pelajar meningkatkan pencapaian akademik.

“Saya doakan mereka terus berkembang dan membantu lebih ramai pelajar pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, syarikat pendidikan digital itu sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melahirkan 534 pelajar yang memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM 2025.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan syarikat pendidikan digital berkenaan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records buat kali ketiga selepas kejayaan pada tahun 2022 dan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, secara keseluruhan sebanyak 31,987 gred A berjaya direkodkan oleh pelajar di bawah bimbingan mereka bagi SPM 2025.

Menurutnya, seramai 158,423 pelajar turut mendapat manfaat menerusi seminar SPM yang dianjurkan sepanjang tahun lalu.

“Kami sentiasa memberi fokus kepada pencapaian sebenar dan perkembangan pelajar, bukan sekadar menamatkan silibus pembelajaran,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Alyssa Dezek yang turut memperoleh keputusan 9A dalam SPM berkongsi bahawa teknik pembelajaran mudah difahami membantu dirinya menguasai subjek dengan lebih baik.

“Saya mula mengikuti program ini sejak tingkatan tiga dan cara pembelajarannya sangat mudah untuk difahami. Itu banyak membantu saya membuat persediaan untuk SPM,” katanya.

@xtra_my Semoga berjaya di luar sana, adik-adik sukses SPM! Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meraikan pelajar yang dapat keputusan membanggakan dalam SPM 2025, termasuklah penyanyi Alyssa Dezek serta anak kepada Norman Hakim & Abby Abadi, Maria Danisha. Dianjurkan oleh PTTI Group, pusat itu berjaya melahirkan 534 pelajar straight A & menerima pengiktirafan MBOR untuk kali ketiga. Tahniah semua! ❤️🥳 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Dalam perkembangan sama, Chief Growth Officer PTTI, Race Monsopiad berkata lebih 150,000 pelajar berjaya dibantu sepanjang tahun 2025.

Bersempena pencapaian tersebut, pihaknya turut mengumumkan penganjuran seminar percuma SPM di seluruh negara bermula 4 hingga 10 Mei 2026.

Pengarah PTTI, Asyraf Khalid pula menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti model pendidikan digital tempatan mampu bersaing pada tahap tertinggi.

“Kami tidak membina nama atas individu tertentu, tetapi atas kejayaan pelajar kami sendiri. 534 straight A bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan,” katanya.

Majlis Anugerah Inspirasi 2026 itu turut menghimpunkan lebih 4,000 pelajar dan ibu bapa serta dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan tokoh terkenal termasuk Datuk Awie, Datuk M. Nasir, Datuk AC Mizal, MK K-Clique, Iman Troye, Hael Husaini, Bella Astillah dan Zaki Yamani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Jan 2018

180公分最萌身高差!最高男与最矮女「世纪同框」

全球最高男性和最矮的女性在埃及金字塔前见面了!金氏世界纪录「最高男性」的保持者苏丹.科塞(Sultan Kosen)和全球最娇小女性的乔蒂.阿姆奇(Jyoti Amge)日前在埃及观光局邀请下,一同现身在吉萨大金字塔(Giza pyramids)前,两人身高差距达180多公分,让整个画面既震撼又有趣,堪称是最「萌」身高差。

Featured Wed, 10 Mar 2021
Trending Sat, 15 Apr 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

Roslan Shah Tidak Mahu Panjang Cerita

Tak mahu panjangkan pergaduhannya dengan Ifa Raziah, pelakon dan pengacara Roslan Shah membatalkan sidang media pada Jumaat ini, (12 Januari)

Hiburan Fri, 5 Jul 2024

[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Nasib baik Allah tunjuk awal siapa kawan yang betul ikhlas dengan Cik B.. Hm 😢

Trending Wed, 4 Dec 2019

#ApologizeToSeungri Trends When BIGBANG Seungri Is Found Innocent

So, is it true that the said K-pop idol is actually innocent? So, he’s been falsely accused all this while?

Hiburan Wed, 19 Feb 2025
Featured Mon, 1 Dec 2025

Adegan Zara Zya Minta ‘Top Up’ Sihir Dalam Drama Sumpah Ibuku Viral, Netizen Komen: “Tak Sangka Sihir Pun Ada Pakej”

Zara berjaya mencuri hati penonton drama tempatan dengan lakonannya yang penuh emosi.

error: Content is protected !!