Euforia Bola 2026
Konsert By: Atiqah Johari November 19, 2023 @ 3:43pm

Bertemakan ‘Aina Abdul’, Konsert ANWAA 3.0 Dihadiri 10,000 Penonton… Berhabis RM400,000 Untuk Busana Unik

Penyanyi, penulis lagu dan komposer, Aina Abdul baru sahaja selesai menjayakan konsert ketiganya yang diberi nama A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu menyaksikan persembahan mantap Aina Abdul yang menghiburkan lebih 10,000 peminat dan penonton.

Aina menyanyikan sebanyak 34 buah lagu yang dibahagikan kepada empat segmen yang diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew dan dibantu oleh Jenny Chin.

Antara lagu yang didendangkan ialah Ghost, Fool, Kamu, Sumpah, Sepi, Sedia Terluka, Puas Sudah, Semalam, Jangan Mati Rasa Itu, Terus Hidup dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara merdu ini turut menyanyikan medley K-Pop seperti Shut Down, How You Like That, Beautiful (Crush), This Love, I Will Go To You Like The First Snow.

ANWAA 3.0 juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian duet Aina bersama tiga penyanyi jemputan iaitu Khai Bahar, Haziq Rosebi dan Lah Ahmad.

Malah, Aina juga mempersembahkan lagu Atouna El Toufoule bagi mengingati nasib yang menimpa rakyat Palestin.

Selain paduan vokal yang tidak dapat disangkal lagi, busana yang dikenakan pada malam tersebut turut menjadi perhatian penonton.

Busana yang paling mencuri tumpuan ramai adalah gaun kembang yang berwarna biru gelap yang mengeluarkan asap serta terdapat kuntuman bunga yang berpusing pada busana itu.

@xtra_my Replying to @aerphiz^^⛓️ Lagu kebangkitan Aina Abdul 🔥 sekaligus berjaya meletakkan Aina sebagai pemenang vokal terbaik AJL menerusi lagu ini iaitu Sepi 🌹🥀 #fyp #xtramy #ainaabdul #anightwithainaabdul #sepi #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

“Semua penampilan saya malam ini bersebab. Kita ada lima baju, nilai keseluruhannya hampir RM400,000. Baju biru itu adalah rekaan daripada Zaimi Zulkafli. Zaimi seorang pereka yang inovatif. Dia gabungkan sains dan fesyen dalam satu karya.

“Jadi, kalau anda tengok, asap dan pergerakan (bunga) tu semua adalah jurutera yang kawal. Mereka bersedia di tepi pentas dengan komputer riba, sistem kod dan alat kawalan jauh,” kongsi Aina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Nov 2025
Trending Wed, 27 Jun 2018

Rozita Che Wan Gesa Orang Ramai Untuk Gunakan Media Sosial Dengan Bijak

“Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita.”

Featured Wed, 16 Apr 2025

Angkat Tema Rock Balada, OST Blood Brothers ‘Bara Jiwa’ Tampil Gandingan Mantap Azlan Typewriter & Muaz Velvettones

Selari dengan tema dan emosi filem, Bara Jiwa menjadi suara batin yang membakar semangat watak-watak utama.

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Saling Tidak Mengikuti Di Instagram, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Risteena & Isa Khan Goyah?

Pasangan Risteena dan Isa Khan sekali lagi mencuri perhatian tidak mengikuti di Instagram

Featured Sun, 5 Dec 2021

Terpaksa Bermalam Di IKEA Kerana Ribut Salji

Bilik pameran IKEA di Aalborg bertukar menjadi tempat penginapan bagi enam pelanggan dan kira-kira 25 pekerja IKEA akibat terkandas dalam ribut salji yang melanda utara Denmark pada Rabu. Memetik laporan AP News, sehingga 30 sentimeter […]

error: Content is protected !!