Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops June 27, 2018 @ 3:01pm

Rozita Che Wan Gesa Orang Ramai Untuk Gunakan Media Sosial Dengan Bijak

Sebelum ini, pengikut akaun Instagram Rozita Che Wan mungkin sudah tahu yang dia memang ligat memuat naik gambar aktiviti hariannya sama ada bersendirian atau bersama keluarga. 

Sebagai orang luar, kita boleh tahu sedikit sebanyak tentang kehidupannya daripada momen-momen yang dikongsi. Tapi mungkin ada dalam kalangan anda yang anggap wanita, yang lebih dikenali sebagai “Che Ta” ini, telah terlebih tayang. 

Walaupun begitu, pelakon dan usahawan ini berpendapat bahawa para pengguna media sosial tidak patut terlalu obses dalam menggunakan platform ini. Eh, pulak?

Rozita memberi nasihat ini melalui akaun Twitternya yang baru saja diaktifkan semula semalam.

Di dalam sebuah thread, dia menggesa orang ramai untuk menggunakan media sosial dengan berwaspada dan supaya tidak terlalu obsessed dalam mendapatkan perhatian orang lain sampai ada orang yang terkena padahnya.

Yalah, kini dah ada ramai orang yang gila “likes” sampai sanggup mendedahkan perkara yang tak patut dikongsi pun. Kadangkala, ada juga orang yang nak kenakan orang lain dengan posting mereka hingga ada mangsa dalam situasi ini.

Jom baca kata-kata Che Ta dan ambil pedoman:

Tuu dia. Ingat ya, pesanan Che Ta!

Sebenarnya dia telah membuka akaun Twitternya awal tahun ini, tapi hanya mengaktifkannya semula semalam dengan Tweet ini:

Jadi, silalah follow Che Ta ramai-ramai, ya! Manalah tahu, mungkin dia akan beri lagi banyak kata-kata hikmat selepas ini?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Jun 2024

Hefny Sahad Akhirnya Tamat Zaman Bujang

Tahniah Hefny! Moga bahagia hingga ke syurga❤️

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Kenyataan Disalah Erti, Shila Amzah Berang Ubai Didakwa Kaki Pukul

Kesal Ubai didakwa kaki pukul, Shila Amzah simpati nasib menimpa Zahnita Wilson

Featured Tue, 24 Dec 2024

Bercuti Di Atlantis The Royal, Individu Dedah Siti Nurhaliza Duduk Hotel Mewah – “Bilik Paling Murah Pun RM6,000 Per Night”

Beyonce Knowles juga dikhabarakan pernah diundang mengadakan private concert dengan bayaran paling mahal dalam sejarah.

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

Izzue Islam, Dehaniff Gabung Nostalgia & Sentuhan Moden Dalam ‘Dulu Kini Raya’

Izzue Islam & Dehaniff menghadiahkan lagu Dulu Kini Raya yang mengangkat kenangan sambutan Aidilfitri.

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

error: Content is protected !!