Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 5, 2021 @ 12:46pm

Terpaksa Bermalam Di IKEA Kerana Ribut Salji

Bilik pameran IKEA di Aalborg bertukar menjadi tempat penginapan bagi enam pelanggan dan kira-kira 25 pekerja IKEA akibat terkandas dalam ribut salji yang melanda utara Denmark pada Rabu.

Memetik laporan AP News, sehingga 30 sentimeter (12 inci) salji turun menyebabkan pelanggan serta pekerja kedai perabot terbabit terperangkap dan terpaksa bermalam di atas katil pameran.

“Kami tidur di kawasan pameran perabot dan bilik pameran kami di tingkat satu di mana kami mempunyai katil, tilam dan katil sofa,” kata pengurus kedai Peter Elmose kepada tabloid Ekstra Bladet.

Orang-orang disitu boleh “memilih katil yang mereka selalu ingin cuba selama ini”

Menurut Elmose, semuanya berjalan dengan sangat baik pada malam kejadian.

Mereka meluangkan malam itu dengan menonton televisyen dan makan.

“Ia adalah malam yang terbaik. Sangat menyeronokkan,” kata Elmose.

Dalam pada itu, sebuah syarikat penyiaran, Denmark DR berkata pekerja di kedai mainan bersebelahan dengan IKEA berkenaan turut bermalam di gedung perabot itu.

“Rasanya lebih baik daripada tidur di dalam kereta. Sangat selesa dan hangat dan kami gembira mereka membenarkan kami masuk,” kata Michelle Barret yang merupakan staf kedai mainan.

“Kami hanya mampu gelak dengan situasi yang terjadi kerana kami mungkin tidak akan dapat mengalaminya lagi,” tambah
Barret.

Sementara itu, pihak IKEA Aalborg turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan suasana selepas malam kejadian menerusi akaun Instagram mereka.

“Inilah rupanya apabila anda bermalam di IKEA Aalborg semasa ribut salji. Terima kasih kepada pelanggan kami yang hebat dan staf. Adakah patut dibuat lagi lain kali?” tulis IKEA Aalbog.

 

 

Sumber: AP News

Kredit foto: AP News dan TV2Nord

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Nabil Ahmad Gembira Lihat Que Haidar, Fazura Mesra – “Belakang Tabir Pun Nampak Mereka Ikhlas, Cute!”

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berkongsi kegembiraannya melihat keakraban dan kemesraaan antara pelakon, Que Haidar dan Nur Fazura.

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Featured Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
8TV Thu, 1 Dec 2022
Featured Tue, 17 Mar 2020
error: Content is protected !!