Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom March 17, 2020 @ 10:00am

Zero bajet impak maksima, ini 6 rutin kecantikan mengikut sunah

Islam sangat menitikberatkan akan kebersihan dan kekemasan diri, termasuk kecantikan diri dan penampilan sebagai umat Islam. Bagi wanita yang bergelar isteri, Islam menggalakkan supaya sentiasa berhias di depan suaminya.

Amalan kecantikan mengikut sunah tidak memerlukan bajet yang tinggi, jauh sekali mengubah lahiriah seseorang seperti pembedahan kosmetik yang lazimnya lebih membawa kemudaratan kepada diri.

Paling penting, amalan mengikut sunah ini bukan saja dapat membangkitkan aura, terlihat awet muda, selamat, malah dapat mempertingkatkan iman individu itu sendiri.

Ingin tahu apakah amalan kecantikan mengikut sunah, lapangkan seketika waktu membaca artikel ini.

1. Berwuduk

Dalam kehidupan harian, jangan tinggal solat. Selain memang diwajibkan, air wuduk yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

2. Air suam

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.

Adalah disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru ditelan.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah SAW minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

Foto: mStar

3. Urutan wajah

Amalan mengurut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat tiga kali. Ingat, dari bawah ke atas bukan atas ke bawah. Amalkan setiap hari.

Lengkapi urutan itu dengan zikir di bawah yang dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda secara luaran dan dalaman.

* Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
* Baca ” Ya Nur ” (1x)
* Baca ” Ya Hadi ” (1x)
* Baca ” Ya Allah ” (3x)

4. Surah Al-Waqiah

Amalkan membaca ayat 35 -38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Disarankan baca surah Al-Waqiah pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan air pancuran, mulakan dengan surah ini sebelum badan terkena air.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Manfaat membaca surah Al-Waqiah ini yang disebut dalam ayat 35 hingga 38, antaranya membuatkan kecantikan isteri terlihat begitu istimewa, mengekalkan keremajaan persis gadis sunti dan membuatkan suami sentiasa mencintai isterinya.

Foto: Best Life

5. Amalan surah Yusuf selepas solat subuh

Amalkan baca surah Yusuf setiap kali usai solat subuh, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya-Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

Foto: Hijab & Heels

6. Berdoa setiap kali melihat cermin

Saat anda berhias di hadapan cermin, bacalah doa, kemudian baca selawat di kedua-dua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf AS.

Amalkan setiap pagi. Insya-Allah kecantikan kulit akan terpelihara.

Foto: iStock

Bacaannya:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022
Featured Thu, 3 Aug 2023
Featured Tue, 10 Mar 2026

“Saya Paling Pantang Bila Orang Salahkan Takdir” – Sarimah Ibrahim 

Pelakon dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang gemar menyalahkan takdir ketika berdepan situasi tertentu.

Featured Thu, 10 Aug 2023
Featured Wed, 7 Dec 2022

Pengsan Ketika Jawab Exam, Zaki Yamani Dikejarkan Ke Hospital

Allahu.. Semoga segera diberikan kesembuhan

Featured Fri, 5 Jun 2020
Featured Fri, 14 Feb 2025

Kongsi Gambar Cincin Bersama, Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini?

Majlis pernikahan dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui umum.

Featured Mon, 13 May 2019

Cara mengqada puasa Ramadan dan membayar fidyah yang ramai keliru  

5 sebab membolehkan seseorang itu dikecualikan daripada berpuasa

error: Content is protected !!