Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2025 @ 3:16pm

[VIDEO] Fikir Tentang Anak-Anak, Suami… Abby Abadi Menangis Pendam Perasaan – “Terlihat Kuat Tapi Sebenarnya…”

Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi tidak dapat menahan air mata ketika bersiaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Dalam satu video yang dimuat naik ke akaunnya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mengakui di sebalik senyuman dan keteguhan yang dipamerkan, jiwanya sebenarnya sarat dengan bebanan perasaan yang sukar diungkapkan.

“Hanya Allah tempat mengadu, hanya Allah tempat saya berharap. Banyak memendam, tapi itulah tak semua boleh diluahkan. Memang tak mampu nak luahkan dengan perkataan.

“Terlihat kuat, tapi sebenarnya saya sama saja macam orang lain. Kadang gembira, kadang sedih… tapi hidup tetap perlu diteruskan,” katanya.

Dalam perkongsian yang penuh emosi itu, aktres Gerak Khas ini turut berkongsi kata-kata semangat dan doa yang menjadi pegangannya setiap kali diuji dengan dugaan hidup.

Abby juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti kepadanya.

Selain itu, dia turut mengingatkan para pengikutnya agar tidak lupa menjaga hubungan dengan Allah serta memperkukuhkan amal ibadah.

“Yang pasti, selalu saya semat dalam hati, jangan pernag berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan mengalah, jangan rasa rendah diri. Jangan asyik nak terasa hati.

“Hidup ini keras! Jadi kuatkan semangat. Kita usaha semampunya. Allah yang akan mengizinkan apa yang berlaku seterusnya.  Terima kasih pada semua yang sentiasa ada, selalu bersama. Yang sudi support saya. Terus jadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba.

“Jaga iman, jaga akidah. Jaga solat.. jagalah apa yang Allah bagi pinjam sebaiknya. Kita jaga hak Allah, yakin seyakin-yakinnya Allah akan jaga kita,” katanya lagi.

@abbyabadi.exclusive

Hanya ALLAH tempat mengadu Hanya ALLAH tempat Sy berharap 🥹 Banyak memendam.. tapi itulah.. tak semua buleh diluahkan.. Banyak menyimpan, tapi takpelah.. Memang tak mampu nk luahkan dgn perkataan… Terlihat kuat…. tapi sebenarnya Sy sama je mcm org lain.. Kadang happy, kadang sedih.. tapi hidup tetap perlu diteruskan…….😶‍🌫️ Yg pasti, selalu Sy semat dalam hati: Jangan pernah berputus asa dgn rahmat ALLAH. Jangan mengalah. Jangan rasa rendah diri. Jangan asyik nk terasa hati. Hidup ini keras!! Jadi.. kuatkan semangat! Kita usaha semampunya. ALLAH lah yg akan mengizinkan apa yg berlaku seterus2nya…. 🥹 Terima Kasih pada semua yg sentiasa ada, selalu bersama… Yg sudi support Sy. Terus jadi hamba ALLAH yg sebenar2 hamba. Jaga IMAN, jaga akidah. Jaga solat. Jagalah apa yg ALLAH bagi pinjam sebaiknya. Kita jaga hak ALLAH. Yakinnn seyakin yakinnya, ALLAH akan jaga kita 🙏🏻😭

♬ original sound – DNP – DNP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single

Alamak, Mamu pun nak keluar single lepas dengan nyanyian Fazura?

Trending Wed, 1 Jul 2020
Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Sun, 20 Jul 2025

“Ramai Orang Baik Dalam Dunia Ni” – Fazura Rasa Lebih Dekat Dengan Peminat Sejak Aktif Buat Live

Fazura turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat mengenali ramai orang baik

Kes Mahkamah Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Fri, 20 Mar 2026

“Tiada Mengalah, Semua Bincang Baik-Baik” – Amira Othman Teruja Sambut Raya Pertama Dengan Keluarga Besar Fattah Amin

Amira turut memuji sikap suaminya yang disifatkan fleksibel dan mudah berbincang dalam menentukan perancangan Aidilfitri mereka.

Trending Fri, 27 Sep 2019

CCTV拍到「鬼怪」雕塑半夜自转!超恐怖的~

「鬼怪」雕塑半夜被CCTV拍到自转,网民直言:「小心邪灵附体」!

Trending Fri, 21 Dec 2018

Wanita Ini Kongsi Bagaimana Seorang ‘Perempuan Baik’ Hampir Berjaya Suruh Anaknya Seludup Dadah!

Anda mungkin takkan sangka yang ia boleh berlaku kepada diri anda.

Featured Wed, 12 Feb 2025

Didakwa ‘Seronok’ Hasilkan Content Berunsur Songsang, Ini Respons Imran Bard: “Saya Minta Maaf, Tuduhan Itu Sangat Berat!”

Imran Bard meluahkan rasa kesal selepas video pendek yang dihasilkannya baru-baru ini menerima respons kurang enak.

error: Content is protected !!