Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2024 @ 2:02pm

Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single

Pelakon Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas meninggalkan komen balas pada hantaran klip nyanyian pelakon jelita, Fazura yang dikongsikan di Instagram baru-baru ini.

Menurut Sharnaaz, dia menyifatkan mutu vokal yang dimiliki aktres itu sama seperti dirinya sekaligus berseloroh bahawa dia yakin dan berpeluang untuk mengeluarkan single nyanyiannya tidak lama lagi.

“Okay aku ada geng… suara kita lebih kurang ni. Aku ada chan ni dengan single aku soon,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran komen balas berkenaan.

Terdahulu, Fazura membuat penampilan sulung menerusi sebuah program yang diadakan di Indonesia selepas sah bercerai dengan aktor,bekas suaminya, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Menerusi temu bual tersebut,  Fazura tampil bagi mempromosikan lagu duet terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’, namun nyanyiannya pada acara berkenaan mendapat kritikan selepas rata-rata warganet menyifatkan suara penyanyi itu agak sumbang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Oct 2022
Trending Sun, 14 Jul 2019

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Pick Up Line Coach Yin Buat Sajat Menggelikan!

Apa yang menjadi perhatian dan membuat netizen menyampah dengan tindakan Coach Yin?

Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Mon, 15 Feb 2021

126,000 Penerima Vaksin Disuntik Sehari Bermula 26 Februari

Menerusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang bermula 26 Februari ini, 126,000 rakyat negara ini dijangka disuntik vaksin COVID-19 sehari. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata seramai tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan […]

Featured Thu, 24 Apr 2025

Dibandingkan Dengan Abby Abadi Isu Nafkah, Rita Rudaini Mohon Doakan Yang Terbaik – “Cerita Orang Tak Sama…”

“Sekarang mereka berkata lagi ‘Abby kena belajar jadi macam si polan si polan”- Rita

Featured Tue, 11 Oct 2022
Selebriti Thu, 19 Oct 2023
Selebriti Sat, 31 Jul 2021

Dari Sukan Wushu Ke Dunia Hiburan, Eric Lau Lofstedt Sahut Cabaran Baharu

Jika sebelum ini, nama pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, Eric Lau Lofstedt dikenali menerusi penglibatannya dalam dunia sukan, kini dia menyahut cabaran baharu. Jaguh wushu yang terkenal sebagai personaliti media sosial ini […]

error: Content is protected !!