Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 9, 2023 @ 1:15pm

Hampir Setahun Kahwin, Lia Aziz Takut Dengar Kisah Kemelut Rumah Tangga Selebriti – “Setiap Pasangan Ada Ujian Berbeza”

Penyanyi Lia Aziz, 20, menyifatkan tahun 2023 adalah tahun yang sangat mencabar buat pasangan selebriti yang melalui pergolakan rumah tangga yang berlaku.

Pemilik nama Nur Aliah Farzana Abdul Aziz ini mengakui dia juga turut berasa gerun apabila melihat kisah-kisah kemelut rumah tangga pasangan selebriti yang semakin meruncing.

Malah, Lia yang popular dengan single Kucu Kuca berharap segala permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

“Tahun ini rasanya satu cabaran juga kepada pasangan selebriti dengan rantaian kisah kemelut rumah tangga yang berlaku. Sekarang, apabila buka saja media sosial pasti ada bermacam cerita rumah tangga selebriti dikongsikan. Jadi, ada jugalah rasa gerun dalam hati saya.

“Tak dinafikan masalah dalam rumah tangga ini ada bermacam-macam. Setiap pasangan berkahwin berhadapan ujian masalah berbeza. Cuma, doa saya semoga semuanya dapat diselesaikan dan berakhir dengan baik,” katanya.

Memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia 19 tahun, Lia dan suami juga pemain gitar kumpulan Tree Hill, Arash Azimi Anuar, 25, saling berkomunikasi antara satu sama lain.

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama tidak lama lagi, Lia berkata dia kini lebih memahami rencah hidup berumah tangga.

“Orang selalu kata, lima tahun pertama dalam fasa perkahwinan itu tidak mudah dilalui. Pasang surut dalam perhubungan suami isteri pasti ada. Namun, saya dan suami selalu berkomunikasi untuk berbincang masalah kami.

“Alhamdulillah, bulan depan (Julai) dah setahun kami berkahwin. Saya berdoa agar rumah tangga kami terus bahagia dan tidak berhadapan dugaan besar. Kami pasangan baharu dan masih banyak lagi perlu dipelajari dalam rumah tangga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lia memaklumkan bakal muncul dengan single baru yang berentak balada tidak lama lagi.

Terdahulu, Lia mengambil langkah berani apabila mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun selepas percintaan bersama suaminya Arash selama dua tahun mendapat restu kedua-dua keluarga.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Nov 2018
Hiburan Sat, 2 Feb 2019

‘Tak Sabar Tengok Persembahan Kawan Baik’- Wany Hasrita Bakal Hadir Ke AJL 33

Sudah tentu saya akan hadir pada malam esok memandangkan rata-rata finalis yang membuat persembahan adalah teman baik saya.

Featured Fri, 22 Jul 2022
Trending Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Sun, 26 Oct 2025
Events Wed, 16 May 2018

Beginilah Nilai Kasih Sayang Seorang Isteri Terhadap DSAI

Namun apa yang paling menyentuh perasaan terhadap pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan  ini ialah,  tindakan Datin Seri Wan Aziz Ismail yang dilihat memeluk erat suaminya itu sepanjang DSAI dalam perjalanan menuju ke Istana Negara

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Akaun IG Johan As’ari ‘Hilang’

Siapa punya kerja lah godam akaun IG Johan ni?

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Nabil Aqil Terkejut Bapa Bina Rumah Kayu Kampung 1928 Bernilai RM500,000 Untuk Majlis Sanding

Pelakon Nabil Aqil tidak menyangka bapanya, Ahmad Zaidi Masri membina sebuah rumah kayu kampung bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh sebagai persiapan untuk majlis persandingannya pada masa depan. Sebagai seseorang yang membesar di bandar, […]

error: Content is protected !!