Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 27, 2020 @ 3:03pm

[VIDEO] “Macam Muzik KRU Zaman Dulu-Dulu” – Peminat Puji Single Baru Khai Bahar

Wow, buat pertama kalinya Khai Bahar menari.

Penyanyi Khai Bahar kini tampil dengan single terbarunya yang berjudul HatiNyawa. Single yang dianggap sebagai pembuka tirai kerjaya seni beliau pada tahun 2020 ini merupakan hasil ciptaan bersama penyanyi dan penulis lirik popular, Faizal Tahir bersama Mike Chan, Mage, Ja’an dan Karim Karam. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Cabar diri sendiri bawa lagu rancak

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Kalau sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang ini begitu sinonim dengan lagu-lagu bergenre balada, tapi kali ini Khai tampil mengetengahkan lagu berentak rancak.

Mengulas tentang lagu tersebut, Khai berharap agara lagu ini diterima oleh para peminatnya. 

” Lagu ini saya dedikasikan khas buat peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini, merekalah hati dan nyawa saya. Tanpa peminat, siapalah saya. Sokongan dan dorongan dari mereka menjadi sumber kekuatan dan inspirasi saya” Katanya.

HatiNyawa terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Joox, Itunes, KKBox, Deezerdan Apple Music. 

Nostalgia sangat!

Rata-rata peminat Khai Bahar memberi respon positif terhadap perubahan yang ditunjukkan oleh penyanyi kesayangan mereka ini.

Untuk maklumat terkini mengenai dunia hiburan jangan lupa untuk saksikan Muzik-Muzik 35 setiap hari Isnin, pada jam 11 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

GLAMPING Lost World Of Tambun: Aktiviti Luar Yang Paling Menjangkau Minda!

Xtra guarantee Glamping Lost World memang terbaik!

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Sajat Nafi Gila Glamour

Kita tak boleh halang mulut orang untuk bercakap atau mengata. Dari dulu lagi ‘makcik bawang’ akan tetap bercakap. Kehadiran saya dalam industri muzik adalah sekadar mewarnai industri hiburan, bukan gila glamour!

Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Bimbang Penyakit Ain, Riena Diana Elak Terlalu Kongsi Kemesraan Dengan Keith Foo Di Media Sosial – “Demi Menjaga Mental Saya…”

Tu la zaman sekarang ni kalau terlalu kongsi perkara yang menggembirakan pun orang dengki hm

Featured Fri, 8 Oct 2021
Featured Wed, 7 Sep 2022
Selebriti Sun, 25 Feb 2024
error: Content is protected !!