Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 8, 2021 @ 11:05am

Ganti Alif Satar, Sissy Imann Akui Berdepan Cabaran Besar

Selepas sekian Idola Kecil dihoskan oleh Alif Satar, kini program yang dikenali sebagai Idola Kecil Di Rumah itu menampilkan Sissy Imann selaku pengacara.

Kembali selepas tujuh tahun, Sissy mengakui teruja tetapi dia mengakui berdepan cabaran apabila situasi mengacarakan program secara virtual ini sedikit berbeza memandangkan chemistry antara peserta dan pengacara itu sukar untuk dicari.

“Biasalah kalau kita buat secara virtual ni kadang-kadang kita sesama kita pun bila berbual ada sahaja yang tidak kena, macam tak dengarlah, benda-benda macamtu lah.

“Jadi, nak create chemistry ni, Sissy adalah berborak, bergurau dengan mereka bila tengah break sebab nak loosen up mereka sikit. Sebab kalau dulu Alif boleh bonding dengan budak-budak, jadi mereka pun banyak soalan kan?

“Tapi kali ini amat sukar sedikit, sebab nak create chemistry tu kita kena ambil hati mereka dengan borak benda yang mereka suka dan itu bukanlah perkara mudah buat seseorang host,” katanya.

Selain itu, Sissy juga akan bergandingan dengan hos jemputan yang berlainan pada setiap minggu.

Lebih istimewa lagi, hos jemputan tersebut adalah bekas peserta-peserta Idola Kecil iaitu Haqiem Rusli, Afiq Syazwan, Didi Astilah, Syada Amzah, Azzam Sham, Irfan Haris dan Harris Alif.

Program ini juga akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan pada setiap minggu.

Senarai peserta Idola Kecil Di Rumah

Idola Kecil Di Rumah kali ini akan menampilkan enam peserta yang berumur antara 8 hingga 12 tahun antaranya;

1. Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada, 11 tahun, Selangor)
2. Nur Zulaikha Mohamad Riduan (Ikha, 12 tahun, Selangor)
3. NurAdyena Hanim Abdul Hamid (Dyna, 11 tahun, Negeri Sembilan)
4. Razfazreyza Fenge Mat Rafengi (Reyza, 12 tahun, Selangor)
5. Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12 tahun, Kuala Lumpur)
6. Nur Qaireen Izyan Damia Jukiri (Qyen, 11 tahun, Sabah).

Program ini juga akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama akan diumumkan di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan pada setiap minggu.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Idola Kecil Di Rumah yang akan bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3 petang bermula 10 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
Fab Foodies! Mon, 26 Nov 2018

Here are Two Places You Can Consider for Your Christmas Feast

It’ll be the perfect evening with loved ones.

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Is BTS’s Suga Really Dating Suran?!

BTS’s Suga and Suran are rumoured to be dating after a user found an Instagram posted by the latter.

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!