Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 30, 2023 @ 3:39pm

Ibu Bapa Turun Ke Mahkamah Beri Sokongan, Farid Kamil Hadir Bagi Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam pada kira-kira pada jam 2.20 petang Selasa.

Turut hadir bersama ialah ayah Farid iaitu Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Pada petang ini, dua prosiding iaitu laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan sebutan nusyuz kali pertama antara Farid dan Diana akan berlangsung.

Pada masa sama, peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abdul Hassan menjelaskan bahawa sebelum ini pihaknya pernah memfailkan nusyuz pada 6 April lalu bagi tuntutan yang pertama.

Menurutnya, tuntutan nusyuz ini tidak melibatkan orang ketiga.

“Asasnya tak boleh balik ke rumah sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan tidak balik ke rumah,” ujarnya.

“Kedua-dua pihak ada hadir dan mengadakan perbincangan (JKP) tetapi laporan perlu ditunggu.

“Jika tidak selesai, mahkamah kena putuskan berlaku shiqaq atau tidak dan seterusnya ke proses hakam,” jelasnya.

Sementara itu, bapa Farid hanya mendoakan yang terbaik untuk prosiding hari ini.

“Tiada nak komen apa, cuma saya harapkan yang terbaik,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Jerebu Oh Jerebu…Zed Zaidi ‘Hentam’ Menteri?

Susulan masalah jerebu yang semakin menyesakkan nafas, pelakon Zed Zaidi terpanggil untuk meluah perasaan mengenai isu ini. Bingung dengan situasi sekarang, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini menyelar pihak Kementerian Pendidikan yang masih belum mengeluarkan […]

Drama Thu, 17 Nov 2022
Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Penyanyi Korea Seungri (Big Bang) Berdepan Dakwaan Rasuah Seks

Seungri berdepan tuduhan rasuah seks apabila didakwa menawarkan khidmat pelacuran kepada pelabur asing di salah sebuah kelab malam miliknya

Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Angkat Kisah Ajaran Sesat, Saksikan Langit Ke Tujuh Eksklusif di Tonton

Ikuti penceritaan Langit Ke Tujuh, sebuah drama bersiri 8 episod yang mengupas kisah di Tonton!

Trending Tue, 17 Mar 2020

Jangan ‘Selfish’ Sebab Covid-19, PM Janji Bekalan Makanan Mencukupi

Diharap rakyat Malaysia sentiasa bertenang dan tidak pentingkan diri sendiri

error: Content is protected !!