Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2025 @ 11:37am

Shuib ‘Belanja’ Foto Tidur, Tapi Baby Bump Watie Pula Curi Perhatian… Netizen Komen: “Ayash Dah Nak Jadi Abang!”

Pelawak dan usahawan, Shuib menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto miliknya bersama isteri, Watie Hanifiah.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, foto tersebut memperlihatkan Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sedang lena tidur disisi Shuib.

Namun, apa yang  mencuri perhatian adalah, baby bump Watie yang semakin jelas kelihatan.

“Dulu dia lah terpaling rajin bawa kereta. Sekarang dia lebih suka duduk sebelah dan tidur. Love you Mummy,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Perkongsian tersebut bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya teruja melihat keadaan terkini Watie.

Malah,  ramai yang menzahirkan ucapan tahniah di atas perkongsian berita gembira itu.

Sehingga kini, Shuib dan Watie masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung berita kehamilan tersebut.

Terdahulu, Watie pernah berkongsi khabar duka mengenai keguguran dialami ketika hamil anak pertama.

Menerusi entri dimuat naik di Intagram (IG), Watie yang menggelarkan cahaya mata dalam kandungannya itu sebagai ‘bintang’ berkongsi, dia bagai mendapat petanda mengenai perkara itu melalui mimpi.

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023 selepas dua tahun bergelar duda kepada arwah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin.

Mereka kini membesarkan empat orang anak iaitu, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Trending Tue, 27 Oct 2020
Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

Janna turut memohon maaf atas ciapannya sebelum ini yang dikatakan menjadi punca perbalahan antara dirinya dan Aqish tercetus

Featured Sat, 18 Apr 2026

Kejutan Buat Peminat, Tuah Adzmi Dedah Sebab Gantikan Khai Bahar Di AJL40 SA – “Mula-Mula Dapat Tawaran Tu Saya Menggigil”

Tuah Adzmi tampil membuat kejutan apabila menggantikan penyanyi, Khai Bahar di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40 SA).

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Dia Fadila Terima Ijazah Sarjana Muda Muzik

Empat tahun berhempas-pulas bergelar pelajar, isteri dan ibu, akhirnya segala pengorbanan Dia membuahkan hasil. Alhamdulillah & tahniah Dia Fadila!

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Tue, 10 Nov 2020

Daftar BPR Sebelum Hujung Januari 2021

Jangan lupa mark kalendar!

error: Content is protected !!