Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 25, 2025 @ 3:24am

Angkat Kisah Ajaran Sesat, Saksikan Langit Ke Tujuh Eksklusif di Tonton

Sebuah kisah manipulasi yang berakar daripada peredaran ajaran sesat, ibarat menghidupkan kembali bayangan dunia Ayah Pin dan Abuya, dunia Ayah Abdul menghiasi skrin anda, disiarkan secara eksklusif di Tonton!

Bagaimanakah nasib mereka yang terperangkap dalam jerat kepercayaan penuh tipu muslihat? Mampukah mereka keluar daripada cengkaman penuh penyesatan dan kegelapan?

Ikuti penceritaan Langit Ke Tujuh, sebuah drama bersiri 8 episod yang mengupas kisah penuh keinsafan dengan elemen keagamaan yang mencelikkan mata penonton.

Diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd dengan sentuhan pengarahan hebat Heykal Hanifah, Langit Ke Tujuh menampilkan barisan pelakon yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, termasuk Zamarul Hisham, Nora Danish, Farahdhiya, Faezah Elai, Chacha Maembong, Nafiz Muaz, serta Datuk Fauziah Nawi.

Dengan latar cerita yang menyelami isu ajaran sesat, drama ini menguji keupayaan para pelakon untuk menjayakan watak-watak yang sukar dibayangkan kewujudannya di dunia nyata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Sinopsis Langit Ke Tujuh

Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin berkarisma yang mengetuai Tanah Surgo, sebuah komuniti pemujaan agama. Ayah Abdul menganggap dirinya sebagai penyelamat dunia dengan bimbingan dan ajarannya.

Pengikut Tanah Surgo malah percaya tempat itu adalah jalan mereka menuju Tuhan dan syurga, sehingga sanggup mempertahankannya walau apa jua perkara yang melanda.

Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan.

Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada agama. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu.

Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah.

Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya, meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.

Apa yang menanti setiap watak yang terpalit dalam dunia Langit Ke Tujuh ini? Adakah mereka mampu mendedahkan kebenaran di sebalik ajaran sesat Tanah Surgo serta menghentikan pengaruhnya sebelum terlambat?

Bersediakan penonton untuk menyelami pengalaman hiburan yang melangkaui batas imaginasi, membuat mereka tertanya-tanya, adakah perkara ini benar-benar wujud dalam realiti?

Saksikan Langit Ke Tujuh, bermulai 23 Januari 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 May 2020
Featured Fri, 11 Jul 2025

Syed Saddiq Dedah ‘Rahsia’ Tun M Kekal Awet Muda – “Bukan Sekali Tapi Banyak Kali”

Syed Saddiq mendedahkan antara perkara yang sering dilakukan Tun M ketika berada di Parlimen.

Hiburan Thu, 13 Jun 2024

“Alhamdulillah, Keluarga Semua Sihat, Tenang & Reda” – Aliff Aziz

Aliff Aziz maklum keluarganya reda dengan keputusan cerai tersebut.

Featured Mon, 6 Oct 2025
Trending Mon, 2 Apr 2018

Tiga Beradik Hilang Ibu-Bapa Sekelip Mata

“Sepatutnya saya juga bersama mereka tetapi tak dapat sebab kursus. Saya reda dengan ketentuan Allah namun berharap akan terus tinggal di rumah ini,” kata pelajar SMK Pasir Panjang itu.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

“Dia Minta Kami Ketepi Telefon Bimbit”- Farah Nabilah Teruja Jumpa Idola!

Siapa pun mesti terujalah kalau bertentang mata dengan idola, betul tak?

Events Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Khairul Aming Perjelas Sebab Bayi & Kanak-Kanak Dikira Sebagai Pax Di Rembayung – “Saya Tak Untung Pun Buat SOP Begini”

Khairul Aming tampil menjelaskan sebab dirinya menetapkan syarat bayi dan kanak-kanak tanpa mengira umur dikira sebagai jumlah pelanggan (pax) di restorannya, Rembayung.

error: Content is protected !!