Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 12:04pm

Trailer Rasmi Pertama Ejen Ali The Movie 2 Cetus Fenomena! Raih 1.3 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

Peminat Ejen Ali kini boleh mula merasai kehangatan ancaman baharu Neonimus dengan pelancaran trailer rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) pada 25 Mac 2025, jam 3.00 petang di saluran YouTube dan platform media sosial rasmi Ejen Ali!

Dengan tayangan pawagam dijadualkan pada Mei 2025, sekuel yang dinanti-nantikan ini menjanjikan misi lebih mendebarkan, visual lebih hebat, dan kisah penuh emosi yang pasti memukau penonton!

Ancaman Neonimus & Konflik Baharu di Cyberaya

Trailer rasmi yang kini berda pada kedudukan nombor satu ini memberi gambaran awal tentang perkembangan baharu di Cyberaya  yang bakal  menguji kemahiran, kesetiaan dan persahabatan Ali pada tahap maksimum.

Hal ini adalah ekoran ancaman Neonimus, seorang penggodam misteri yang ingin mencetuskan kekecohan di Cyberaya, Ali perlu menguasai sut SATRIA dengan segera demi misi untuk melindungi kota futuristik ini. Pada masa yang sama, Ali juga berhadapan dengan perubahan dinamik persahabatannya bersama Alicia, yang kini diberikan peranan baharu sebagai pemakai IRIS.

Lebih mendebarkan apabila bekas Ejen MATA, Rizwan bekerjasama dengan penjahat yang dikenali sebagai,  Dos dan Trez untuk  bertemu Ali.

Ini mencetuskan spekulasi apakah motif sebenar gandingan pemain baharu ini? Sementara itu, agensi rahsia MATA melantik Ketua Teras baru; Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) untuk mengukuhkan lagi pertahanan bandar Cyberaya bersama pemimpin veteran Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat).

Tanpa pengetahuan Ali, pelbagai perubahan radikal yang berlaku di belakang tabir Cyberaya  telah membuka ruang untuk provokasi dari Neonimus yang ingin menjerat Ali dan MATA.

Plot ini bakal menjanjikan sebuah aksi berintensiti tinggi beserta lebih banyak elemen futuristik teknologi MATA.  Bukan itu sahaja, plot ini turut dilengkapi dengan emosi yang mendalam dan bakal memberikan dimensi baharu terhadap perjalanan Ali sebagai ejen rahsia muda.

Sekuel ini bukan sahaja penuh dengan aksi berintensiti tinggi dan teknologi futuristik, tetapi juga menyelami emosi mendalam Ali dalam perjalanannya sebagai ejen rahsia muda.

Gabungan Visual Epik & Muzik Ikonik

Lebih menarik, trailer ini diiringi oleh lagu runut bunyi rasmi, “Hanya Kamu” nyanyian Dato’ M. Nasir. Dengan gabungan visual epik dan muzik legenda, ramai peminat mengaku berasa ‘goosebumps’ teruja.

Raih 1.3 juta tontonan dalam masa 24 jam

Sejurus dilancarkan, trailer berdurasi lebih satu minit ini telahpun mencatatkan sebanyak  300,000 tontonan di YouTube dan  1.3 juta tontonan di TikTok

Bukan itu sahaja, peminat dari Malaysia, Indonesia & serantau meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menanti filem ini.

 Lebih Besar, Lebih Hebat!

Sebagai sekuel kepada Ejen Ali The Movie (2019), Ejen Ali adalah salah satu animasi tempatan paling popular dan EATM2 dijangka membawa pertaruhan risiko lebih tinggi, misi lebih mencabar, dan ancaman lebih berbahaya.

Filem ini diterbitkan oleh WAU Animation dengan kerjasama Primeworks Studios dan Komet Productions.

Kejayaan luar biasa ini pernah mencatatkan 50,000 penonton sewaktu tayangan semula filem pertama pada Februari 2025 sekaligus  membuktikan fenomena Ejen Ali terus mendapat sambutan luar biasa.

Menurut Pengarah filem, Usamah Zaid Yasin, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2)  pastinya akan membawa lebih banyak kejutan ddan menyentuh hati penonton.

“Kami menerima banyak teori peminat tentang identiti sebenar Neonimus. Kami pastinya akan membawa lebih banyak kejutan, humor, dan momen menyentuh hati dalam evolusi Ali kepada versi terbaik dirinya dalam EATM2,” katanya.

EATM2 dikuasakan oleh Tenaga Nasional dan jangan lepaskan peluang untuk menonton trailer nombor satu . Kongsikan keterujaan anda bersama kami dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 serta ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti saluran YouTube rasmi Ejen Ali dan akaun media sosial Primeworks Studios.Film untuk kandungan eksklusif serta kemaskini di sebalik tabir.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 27 Mar 2019

理念不合撤资咖啡馆!小东:9月重新出发

咖啡馆经营理念不合,小东决定撤资!“目前有在物色新店铺,预计9月重新出发。”

Trending Sun, 14 Feb 2021

“Tak Boleh Nak Give Up Macam Dulu” – Ayu Damit

Juara program realiti On In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu Damit kini kembali memeriahkan dunia seni tanah air. Sebagai permulaan, Ayu tampil dengan single berjudul Permata yang dicipta dan ditulis oleh Mohd. Atlas bersama […]

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Shila Amzah Dikecam Selepas Perli Penyanyi Popular?

Selepas beberapa jam, Shila telah memohon maaf atas keterlanjuran kata dengan penggunaan ayat yang mengguris hati peminat Siti Nurhaliza selepas melihat komen-komen ‘tajam’ yang ditinggalkan.

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Hiburan Wed, 6 Nov 2024
error: Content is protected !!