Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 22, 2026 @ 4:26pm

Khairul Aming Perjelas Sebab Bayi & Kanak-Kanak Dikira Sebagai Pax Di Rembayung – “Saya Tak Untung Pun Buat SOP Begini”

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan sebab dirinya menetapkan syarat bayi dan kanak-kanak tanpa mengira umur dikira sebagai jumlah pelanggan (pax) di restorannya, Rembayung.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Khairul atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa insiden yang pernah berlaku sepanjang enam bulan restoran itu beroperasi.

Menurutnya, ramai yang mempersoalkan tindakan berkenaan malah ada yang mendakwa dia tidak mempunyai empati serta mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat.

“Majoriti marah, ada yang kata saya tiada empati, buat SOP pelik-pelik, mengalahkan Michelin Star, tiada tolak ansur dan sebagainya.

“Di Rembayung, saya minta bayi dikira dalam pax sebab dah macam-macam insiden yang terjadi sepanjang enam bulan berniaga, tetapi orang luar tak nampak,” katanya.

Khairul berkata, SOP itu diwujudkan bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya bagi memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak yang hadir ke restoran terbabit sentiasa terjaga.

“SOP ini saya wujudkan sebab nak lindungi keselamatan bayi dan kanak-kanak.

“Saya tak untung buat SOP ini, malah makin rugi sebab bayi pun tak makan nasi. Tapi saya buat sebab nak lindungi keselamatan mereka.

“Bayangkan kalau ada 30 hingga 50 bayi yang datang ke Rembayung, saya akan hilang jualan,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi restoran yang menerima sehingga ribuan pelanggan setiap hari memerlukan aspek keselamatan diberi perhatian serius.

“Bila ada seribu orang sehari, macam-macam benda boleh terjadi di restoran.

“Di setiap meja ada laluan kiri dan kanan untuk pergerakan pekerja membawa lauk panas keluar masuk. Katakan ada ibu bapa yang membawa stroller dan meletakkannya di laluan itu, bayangkan jika berlaku tumpahan makanan panas dan terkena bayi, ia akan menjadi isu keselamatan,” katanya.

Khairul turut memaklumkan syarat tersebut mula dikuatkuasakan selepas Aidilfitri lalu selepas mengambil kira beberapa kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.

“Bermula selepas Hari Raya Aidilfitri, saya buat terma dan syarat di Rembayung di mana bayi atau kanak-kanak tanpa mengira umur dikira sebagai jumlah pax disebabkan perkara yang pernah terjadi di Rembayung,” katanya.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Umur Dah Cecah 50 Tahun, Mana Tahu Kubur Memanggil…” – Aaron Aziz Nekad Elak Babak Dukung, Bersentuhan

Aaron menjelaskan dia masih terbuka menerima tawaran lakonan, namun mengharapkan watak yang lebih segar dan mencabar

Trending Tue, 22 May 2018

10张人类灭绝后的照片「没有人类地球会更好」

和所有物种一样,人类也会遭遇灭绝危机,比如地球人口过剩,资源缺乏。在许多电影如《2012》、《后天》都揭示了地球未来可能遭遇的灭绝危机,那么当人类灭绝后地球会怎么样?

Kisah Viral Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Sat, 24 Aug 2019
Featured Thu, 21 Oct 2021

Pernah Dibuli, Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Sering Buat Lawak Lucah

Isu gangguan seksual dan rogol kembali viral setelah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen yang melibatkan golongan artis ketika ini. Tidak ketinggalan juga apabila ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan bahawa dia pernah dibuli […]

Trending Thu, 3 Oct 2019

厕所臭死人!女高生不及穿裤昏迷不治

韩国惊传一起令人匪夷所思的鱼市场厕所臭死人的意外!

error: Content is protected !!