Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella October 21, 2021 @ 3:56pm

Pernah Dibuli, Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Sering Buat Lawak Lucah

Isu gangguan seksual dan rogol kembali viral setelah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen yang melibatkan golongan artis ketika ini.

Tidak ketinggalan juga apabila ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan bahawa dia pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah.

Atlet berusia 28 tahun itu dalam hantaran di laman sosial Twiter miliknya menulis bahawa dia terpaksa berdiam diri atau terpaksa ketawa kerana takut dengan jurulatih itu.

“Dulu saya ada seorang ‘coach’ yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je tak pun ‘fake laugh’ sebab takut dia.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol.

“Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab ‘backup’ besar dia adalah ‘head coach’ kami sendiri.

“Moral dari cerita ini adalah kita perlukan pemimpin yang baik, yang boleh menilai mana yang baik dan buruk.

“Bukannya menutup mata kesalahan yang dilakukan dan kepada mereka yang terbabit dalam kes seperti ini, tampillah bersuara. Biarpun suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” tulis Pandelela di Twitter rasminya.

Bagaimanapun Pandelela berkata, golongan atlet ini sedikit bertuah apabila dilindungi oleh persatuan sukan yang mengambil berat isu membabitkan atlet mereka.

Status yang dimuat naik oleh Pandelela itu turut mendapat reaksi daripada bekas Menteri Belia dan Sukan yang kini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludddin Abu Bakar.

Tweet Pandelela itu mendapat lebih 22,000 ulang kicau dan 26,000 tanda suka selain dihujani pelbagai komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

Belum Move On Dengan Camelia, Diana Danielle Bakal Beraksi Dalam “Syurga Untukmu” Pula!

Lakonan Diana tak pernah mengecewakan. Tak sabar nak tengok Syurga Untukmu pulak!

Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Abang & Eda Ezrin Didakwa Miliki Pil Kuda, Ini Respons Jaa Suzuran – “Susah Nak Jelaskan, Kami Sekeluarga Hanya Mampu Berdoa”

Jaa Suzuran enggan mengulas lebih lanjut insiden yang terjadi terhadap abang dan kakak iparnya, Eda Ezrin.

Hiburan Sun, 17 Mar 2019

Sumayyah Nama Anak Kedua Syamsul Yusof, Tahniah!

Alhamdulillah…tahniah Syamsul dan Sarah. Semoga dengan kehadiran Sumayyah, rumahtangga kalian makin utuh dan bahagia. Insya Allah.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
error: Content is protected !!