Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 24, 2019 @ 6:13pm

Rahsia Body Sado…Jom Kenali Jurulatih Peribadi Aliff Syukri!

Saban hari berkongsi semangat dan keinginan untuk jadi sado di laman Instagram, bukan saja jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering menjadi topik perbualan, sebaliknya jurulatih kecergasannya dari Egypt, Amir Mamdouh juga turut terpalit menjadi perhatian. Selain raut wajahnya yang kacak, lelaki Timur Tengah berbadan sado itu juga mempunyai pesona tersendiri.

Berusia 31 tahun, Amir berpengalaman selama tujuh tahun sebagai jurulatih kecergasan bertauliah selain aktif menyertai pertandingan bina badan beberapa tahun sebelum ini.

Bagaimanapun bagi yang sudah jatuh hati dan atau mungkin terpesona dengannya, Amir sudah pun berkahwin dengan wanita dari Malaysia sejak tahun 2012. Fokusnya kini mencari rezeki dengan menjadi jurulatih kecergasan atau trainer bagi sesiapa yang berminat.

Ditanya pengalaman melatih jutawan kosmetik yang penuh kontroversi itu, Amir atau nama penuhnya Amir Mamdouh Hussein Eissa menjelaskan ia satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Beliau sangat baik hati dan pemurah orangnya. Paling penting seperti mana kita lihat sisinya di laman Instagram, begitulah hakikatnya. Dia seorang yang sangat melucukan. Saya enjoy melatihnya di kediaman beliau sejak lebih sebulan lalu.

“Cuma kami seperti ayam dan itik kerana berdepan masalah komunikasi. Saya walaupun sudah lebih tujuh tahun, memang belum mahir bercakap bahasa Melayu. Beliau pula tidaklah fasih berbahasa Inggeris. Tapi semua itu bukan penghalang untuk saya dan dirinya memenuhi tanggungjawab serta misi masing-masing.

“Pendek kata, dia sangat menyenangkan. Saya sendiri ada kalanya tak tahan menahan gelak kerana sikap humornya,” kata Amir.

Bergelar jurulatih kecergasan bagi Amir bukanlah kerja yang mudah. Katanya, setiap klien yang datang kepadanya mahu mendapatkan hasil yang terbaik selepas melaburkan sejumlah wang.

“Saya mencari rezeki dalam bidang ini dan selesa jujur dan amanah dalam kepercayaan yang diberikan. Pada akhirnya kerja keras dan semangat untuk capai sesuatu yang diingini itu akan jadi ukuran. Ia situasi menang-menang. Disiplin diri klien termasuk terhadap tahap dan situasi badannya juga amat penting untuk mencapai matlamat diingini.

“Plan diet yang betul, rutin senaman dan mengesyorkan suplemen yang terbaik juga menjadi tugas penting saya. Waktu tidur juga kena cukup dan jangan dipandang sambil lewa. Kita memerlukan rehat yang secukupnya.

“Saya akan merancang rutin senaman dan diet yang betul sesuai dengan tahap badan klien. Selepas 10 ke 15 hari juga saya akan memeriksa progress klien,” katanya.

Amir menambah dia menawarkan khidmat penurunan berat badan, pembinaan otot badan, body toning, lean muscle, persediaan untuk menyertai pertandingan membina badan selain perancangan diet serta suplemen.

“Saya melatih secara one to one. Untuk memudahkan klien, saya boleh ke rumah mereka. Atau sebagai pilihan boleh berlatih dengan saya di gim pilihan. Saya juga melatih secara dalam talian (online).

“Bab harga, saya menawarkan khidmat yang setimpal dengan apa yang ditawarkan,” katanya.

10 info mengenai Amir Mamdouh.

1) Berusia 31 tahun
2) Mula berjinak jinak dengan dunia kecergasan sejak usia 17 tahun.
3) Tarikh lahir 27 Mei 1988.
4) Sudah lebih tujuh tahun menceburi bidang kecergasan dan bina badan.
5) Datang ke Malaysia pada Januari 2012. Sebulan selepas itu bertemu jodoh dan berkahwin dengan wanita Malaysia.
6) Pernah berlatih dengan atlet bina badan profesional dari Beirut, Lebanon, Ahmad Haidar dan Attia Shaalan( dari Egypt).
7) Terkini diberi tanggungjawab menjadi jurulatih kecergasan Datuk Seri Aliff Syukri.

Instagram: @amirelswahly
9) Mahu mendapatkan khidmatnya, boleh dihubungi di talian 011-36249906.

10) Beruntung kerana isterinya hampir setiap hari menyiap dan menyediakan makanan sihat untuknya mengekalkan bentuk badan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 30 Aug 2019

xtra好康头 | 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票

xtra好康头 送你韩国男团 NU’EST《Segno》吉隆坡演唱会入门票,让你见证5子的现场魅力!

Events Wed, 18 Jun 2025

Nina Kho Dedah Terima Layanan ‘Double Standard’ Di China – “Makanan Pun Mereka Beza-Bezakan”

Demikian perkongsian pelakon Nina Kho ketika menjalani penggambaran di China baru-baru ini.

Events Thu, 18 Apr 2019
Hiburan Fri, 29 Aug 2025

Hanger A & F Timbulkan Spekulasi… Amira Othman Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat, Video Busana Pengantin Hanya ‘Marketing’

Amira Othman tidak mengetahui tentang huruf A & F yang tertera pada penyangkut baju sehingga video tersebut tular di media sosial.

Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Kim Jong Kook Shocks Own Mother By Revealing Dating History

The Running Man member has always kept his lips sealed tight but now he suddenly revealed everything.

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

‘27 Tahun Tak Balik Kampung Halaman Demi Cari Wang’- Perkongsian Tukang Cuci Ini Buat Netizen Sebak

27 tahun tak pernah balik kampung halaman demi mencari wang untuk keluarga, kami salute pakcik Abu Bakar ni. Terbaik!

error: Content is protected !!