Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 29, 2025 @ 3:42pm

Hanger A & F Timbulkan Spekulasi… Amira Othman Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat, Video Busana Pengantin Hanya ‘Marketing’

Penyanyi Amira Othman menolak dakwaan hari pernikahannya dengan pelakon popular Fattah Amin semakin hampir, selepas tular sebuah video yang memperlihatkan penyangkut baju bertulis abjad A dan F ketika dia menggayakan busana pengantin baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Jaga-Jaga ini, perkara itu berlaku secara tidak disengajakan apabila pihak produksi terlepas pandang penggunaan inisial tersebut sehingga mengundang salah faham netizen seolah-olah mengesahkan spekulasi perkahwinan mereka.

“Ia memang khilaf. Tidak ada apa-apa perjanjian pun. Malah klien sudah pun memohon maaf pada saya. Jadi tidak timbul isu nak bergaduh. Saya anggap hal ini selesai dengan baik,” jelasnya.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, ditemui XTRA selepas pelancaran platform penstriman digital UTV di Zepp, Kuala Lumpur, semalam.

@xtra_my Ramai selebriti gred A bersama Presiden UTV, Datuk Adzliana Hasan memeriahkan pelancaran UTV di Zepp, Kuala Lumpur ❤️ Tapi min tertarik dengan Abang Long & Kak Long 🤪 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Pelakon drama bersiri Abang Bomba I Love You itu turut menegaskan dirinya tidak mengetahui tentang huruf yang tertera pada penyangkut baju sehingga video tersebut tular di media sosial.

“Saya memang minta hanya letak huruf A sahaja. Bila perkara itu dah berlaku, saya tak boleh kawal apa yang orang fikir. Apa yang penting kerja saya siap, selebihnya itu di luar kawalan saya,” katanya.

Tambah Amira, projek yang dijayakan itu hanyalah penggambaran koleksi busana pengantin dan pengiring, bukannya rakaman pra-perkahwinan seperti yang disangka ramai.

“Memang koleksi itu perlukan elemen seperti baju pengantin, cincin dan bridesmaid. Tapi ia tiada kaitan langsung dengan kehidupan peribadi saya,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai spekulasi yang timbul, kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini mengambil pendekatan profesional dan enggan menyalahkan mana-mana pihak.

@xtra_my Cantiknya Kak Long Amira Othman… A & F tu maknanya apa eh? 🤭. #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #amiraothman ♬ original sound – XTRA

“Dalam kerja memang akan ada dugaan. Saya rasa tidak adil untuk marah atau salahkan orang lain hanya kerana netizen salah tafsir. Saya akan teliti setiap butiran kontrak sebelum bekerjasama. Tapi kadang-kadang ada juga kesilapan atau terlepas pandang. Itu normal sebab kita sama-sama bekerja dengan manusia,” jelasnya.

Sebelum ini, pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena, memuat naik video Amira berbusana pengantin di Instagram. Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi peminat, termasuk ucapan tahniah dan doa agar Amira segera naik pelamin bersama Fattah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Mar 2021
Hiburan Wed, 31 Jan 2024
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cantiknya Gambar Pre Wedding Fasha dan Aidil

Sama cantik sama padan tak sabar menunggu tarikhnya nanti disatukan

Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Featured Sun, 10 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok Buat Semua

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis […]

Trending Fri, 5 Jun 2020
Trending Mon, 22 Jun 2020
Featured Fri, 23 Apr 2021

Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

Susulan berita yang tular di laman sosial mengenai sebuah sekolah yang melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajarnya, malah mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. […]

error: Content is protected !!