Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 21, 2025 @ 6:34pm

Aznil Nawawi Harap Hafiz Suip Bangkit, Jangan Sia-Siakan Bakat  – “Allah Tak Tarik Bahagia, Tapi Keperitan Berumah Tangga”

Pengacara dan selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi menitipkan pesanan kepada penyanyi, Hafiz Suip susulan luahan hatinya yang menyentuh perasaan ramai pihak.

Menerusi ruangan komen di hantaran Instagram (IG) milik Hafiz, Aznil berharap agar Hafiz terus berjuang dan bangkit daripada kisah silamnya yang memeritkan itu demi mencari nafkah untuk anak-anaknya.

“Bangun dan buat duit banyak-banyak.. Masa Hafiz pun banyak untuk diri sendiri sekarang kan? Isikan dengan kerja. Ambil saja jerja dan berapa bayaran pun.

“Dapat duit, hantar pada anak-anak tak perlu kisah berapa sebab Hafiz akan rasa puas. Satu sebab untuk teruskan kehidupan adalah anak-anak. Solat dan mengadu pada Allah. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan ruangan komen di hantaran lain, Aznil turut menasihati pelatun lagu popular Bahagiamu Deritaku itu untuk tidak mensia-siakan bakatnya yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta itu.

“Ada benda yang Allah bagi pada Hafiz orang lain tak dapat iaitu bakat yang besar. Dengan itu dah seharusnya Hafiz jadikan modal untuk kejar dunia dan kemudian bersyukur.

“Bila kita bersyukur kita akan juga kejar akhirat. Allah bukan tarik kebahagiaan berumah tangga. Sebenarnya Allah tarik kepahitan berumah tangga. Allah selamatkan kedua-duanya untuk kalian kecap bahagia berasingan,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz mengakui rasa amarah yang tidak terkawal telah membuatkan dirinya membuat keputusan-keputusan salah yang memberi penyesalan terbesar dalam hidupnya, termasuk kesan bersama insan tersayang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Akui Gagal Kawal Sifat Amarah Punca Diri & Keluarga Hancur 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Victor李俊颉全新单曲延迟推出让路投票日

Victor李俊颉阔别6年再推单曲就撞上全国大选投票日,因而决定展延单曲推出的计划,待履行公民责任后再推出。

Hiburan Fri, 16 May 2025
Trending Mon, 4 Jan 2021
Featured Wed, 26 Feb 2025
Hiburan Tue, 24 Dec 2024

Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Tak perlu pengesahan orang lain, Ameera Khan dedah keluarga sokong hubungan dengan Jefri Nichol

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Aina Abdul Sedih Bakat Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain

Aina Abdul sedih dibandingkan dengan penyanyi wanita

Featured Fri, 26 Aug 2022
error: Content is protected !!