Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 26, 2025 @ 11:09am

Lebih 36 Jam Hilang, Budak Lelaki 19 Bulan Masih Belum Ditemui – “Masih Tiada Sebarang Petunjuk Positif”

“Masih tiada sebarang petunjuk positif sama ada kesan tapak kaki atau baju kanak-kanak berkenaan“.

Demikian kenyataan yang diberikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 9 pagi ini.

Tambahnya, lebih 36 jam Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang berusia 19 bulan dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga, namun sehingga kini, tiada sebarang petunjuk positif ditemukan.

Operasi yang bermula pagi ini juga akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.

“Kita menamatkan operasi semalam 7 malam tadi (semalam), namun sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk positif sama ada kesan tapak kaki atau baju kanak-kanak berkenaan.

“Hari ini, operasi akan diperluaskan lagi dan akan menggunakan dua anjing pengesan yang tiba di sini, 6.30 petang semalam.

“Mengikut perancangan asal kita menggunakan khidmat anjing berkenaan petang semalam, namun disebabkan tiba lewat, hari ini baru anjing berkenaan akan dibawa ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.

Mohd Zulkifli berkata, dari segi keanggotaan petugas, ia tidak bertambah memandangkan operasi SAR itu turut dibantu orang awam.

“Kita berharap operasi hari ini dipermudahkan dan ada petunjuk positif,” jelasnya.

Semalam media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki hilang daripada rumah keluarganya dekat Kampung Aira Kuala Tiga, Kelantan pada Isnin.

Kehilangan Hud Aryan disedari tiada dalam rumah kira-kira 7.20 malam oleh ahli keluarga.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Mon, 3 Mar 2025

[VIDEO] Bonda Rozita Mesra Pegang Tangan Suami Baru?

Bonda Rozita semakin papar kemesraan, pegang tangan dipercayai suami baharu

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Featured Thu, 6 Jul 2023
Featured Sat, 28 Sep 2024

Didakwa Halang Fattah Amin Hampiri Fazura? Bodyguard Tampil Bersuara – “Kau Jangan Main Tulis Ikut Sedap Kau”

Tak baik taumain serkap jarang macam ni… main tuduh ikut sedap mulut je!

Hiburan Tue, 24 Dec 2024
error: Content is protected !!