Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Atiqah Johari November 27, 2023 @ 7:07pm

Aktres Filem Air Terjun Pengantin Meninggal Dunia Selepas Prosedur Sedut Lemak

Ahli keluarga kepada Allahyarham pelakon Nanie Darham bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kematiannya.

Memetik laporan mStar, kakak kepada Nanie, Indrie berpendirian tegas untuk menuntut keadilan sekaligus mahukan pihak yang terlibat dikenakan hukuman setimpal.

“Kami mahu meneruskan tindakan, pasti ada hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam kes ini. Saya akan perhatikan kes ini sehingga selesai,” ujarnya.

Untuk info, Nanie meninggal dunia pada 21 Oktober lalu selepas melakukan pembedahan menyedut lemak (liposuction) di sebuah klinik di Jakarta, Indonesia.

Nanie yang merupakan pelakon filem Air Terjun Pengantin ini telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 37 tahun dan baru bersalin kepada anak kedua yang kini berusia dua bulan.

Pihak polis turut menjalankan siasatan lanjut terhadap klinik yang melakukan prosedur tersebut sedangkan ia tindakan bahaya bagi wanita selepas bersalin.

Susulan itu, siasatan dijalankan terhadap 11 orang saksi termasuk doktor yang menjalankan pembedahan serta kakitangan klinik berkenaan.

Difahamkan, pihak klinik tersebut setuju untuk membuat prosedur walaupun pakar mencadangkan untuk melakukannya selepas enam bulan Nanie bersalin anak keduanya.

Kematian Nanie juga diklasifikasikan sebagai satu bentuk penyelewengan dalam amalan perubatan.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022
Trending Tue, 17 Mar 2020

5 Filem Hollywood Yang Ditunda Tayang Akibat Covid-19

PENYEBARAN wabak Corona atau Covid-19 yang menyerang masyarakat dunia pada waktu ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada industri perfileman negara dan luar negara. Beberapa filem hebat Holywood terpaksa ditangguhkan tayangannya akibat penularan wabak yang semakin […]

Trending Mon, 10 Sep 2018
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Sun, 3 May 2026

Selepas Auckland, Fattah Amin & Amira Othman Terbang Ke Istanbul Sambung Kisah Cinta Nan Manis!

Selepas mencuri perhatian menerusi kisah romantik berlatarbelakangkan Auckland, gandingan pasangan serasi, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman terbang ke Istanbul.

Trending Mon, 10 May 2021

Tiz Zaqyah & Nora Danish Positif COVID-19

Sejak akhir-akhir ini, trend peningkatan COVID 19 semakin membimbangkan terutama apabila munculnya varian berbahaya iatu varian dari Afrika Selatan dan India. Terbaru, pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Nora Danish telah disahkan positif COVID-19. Menerusi akaun […]

error: Content is protected !!