Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 24, 2024 @ 5:30pm

“Buat Apa Nak Takut Kena Kejar Dengan LHDN Kalau Sumber Wang Dari Saluran Yang Jelas?” – Diana Danielle

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berkongsi pandangan peribadinya untuk tidak perlu takut ‘dikejar’ oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya membeli sebuah rumah atau sebiji kereta secara tunai.

Menerusi platform Threads, Diana menceritakan pengalamannya yang pernah dihalang oleh beberapa pihak untuk tidak membeli rumah atau kereta secara tunai.

“Bila saya bagi pendapat untuk beli rumah atau kereta secara tunai, mereka akan menakutkan saya dengan kata ‘jangan, nanti LHDN akan kejar sebab tengok awak mampu beli seketul.

“Saya dengar benda ni merata-rata. Tapi saya fikir, bukan ke lebih baik seperti itu daripada dipenjara selama 30 tahun?,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, aktres filem popular Imaginur berkata membeli sesuatu dalam jumlah yang besar tidak akan menjadi satu masalah sekiranya dari sumber pendapat yang tepat.

“Kalau sumber wang kita tu dari saluran yang jelas, dan memang dah terkumpul elok. Kenapa takut LHDN kejar? Jelaskan betul-betul dengan pihak mereka kata tak nak berhutang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Sat, 7 Oct 2023
Featured Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

“Saya Tak Hirau Dan Tak Nak Ambil Tahu!” – Ibu Arwah Abam

Moga yang baik-baik sahaja buat keluarga ini.

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Selebriti Tue, 22 Aug 2023
error: Content is protected !!