Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2023 @ 11:03pm

Terkejut Mengetahui Konflik Rumah Tangga Abang, Fadzil Zahari Harap Farid Kamil Tabah

Pelakon Fadzil Zahari terkejut selepas mendengar berita mengenai krisis rumah tangga yang dilalui oleh abangnya, aktor Farid Kamil.

Menurut Fadzil, dia tidak dapat mengesan sebarang tanda abangnya sedang menghadapi masalah perkahwinan dengan aktres Diana Danielle.

“Kami baca berita itu pun, kami terkejut juga. Jadi kita nak tanya tuan badan. Kita pun tak tahu macam mana.

“Orang ramai pun turut terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun turut terkejut. Tak ada apa-apa tanda atau bayangan.

“Kali terakhir jumpa dalam bulan lalu. Kami berjumpa pun bersembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia.

“Seperti baru-baru ini dia cakap dia rindukan anak. Sebagai adik, saya dan Yana memberikan kata-kata positif supaya dia bersabar,” katanya.

Tambah Fadzil, mereka sekeluarga sentiasa mendoakan agar Farid sentiasa sabar dan tabah.

“Saya mendoakan supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan kata putus yang terbaik.

“Kita tak boleh tengok antara dua pihak sahaja, kena tengok anak-anak juga. Jadi apa sahaja keputusan, harus mengambil kira semua perkara.

“Jadi kami sampaikan kepada mak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia sabar dan tabah. Kami sentiasa doakan dia,” katanya lagi.

Fadzil yang ditemani isterinya, Yana Samsudin ditemui di rakaman program Melodi Raya 2023 di Cyberjaya, sebentar tadi.

Tambah Yana pula, mereka sebagai keluarga menjadi sistem sokongan untuk Farid mengharungi sebarang dugaan.

“Dalam group WhatsApp keluarga pun, kami beri kata-kata positif, kami tak sebut pun mengenai perkara itu.

“Bila orang tu minta nasihat, baru kita cakap, kalau tak ada, kita pun tidak memandai-mandai. Jadi kita sebagai keluarga, jadi sistem sokongan, kami harus berikan perkara positif,” katanya.

Terdahulu, khabar perceraian pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi Isnin.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dijangka bakal berlangsung esok.

Berkahwin pada November 2012, Farid dan Diana dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

Comel Freda ni, geram betul!

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Akhirnya Kesedihan Saya Terbayar – Sufian Suhaimi

Lagu itu diterima baik selepas kejadian yang telah berlaku dalam kehidupan saya sebelum ini…

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Tiada Istilah ‘Sailang’ Johan & Fizi, Anggap Ia Satu Persaingan Sihat…” – Nazri Noran

Kemunculan dua penyampai radio terkenal dalam radio Hot FM berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak

Featured Mon, 5 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Sedih bila dengar luahan hati Aqish 😭 Jika benar bagai dikata, moga ada pencerahan daripada pihak berkuasa. Moga dipermudah segalanya

error: Content is protected !!