Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2026 @ 12:58pm

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan situasi sebenar selepas timbul dakwaan kononnya dia sedang melalui ‘zaman kejatuhan’ susulan sebuah video yang dimuat naik di TikTok meraih jumlah tontonan lebih rendah berbanding kebiasaan.

Menerusi sebuah video siaran langsung yang tular di Threads, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mengakui terhibur apabila segelintir netizen membuat pelbagai andaian hanya berdasarkan prestasi sebuah video yang memperoleh kira-kira 300,000 tontonan.

“Kalau pergi dekat profil saya ada video terbaru dan video itu baru capai dalam 300,000 tontonan kalau tak silap. Ramailah yang membuat Threads, ‘Khairul Aming view flop, akhirnya TikTok dah tak relevan. Semua orang dah pindah pergi Threads’.

“‘Khairul Aming flop era’. Lepas itu adalah haters-haters saya dah keluar kata, ‘Oh I’ve been waiting for this, finally Khairul Aming jatuh’,” katanya.

 

View on Threads

 

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

“Ya Allah, dahsyat betul membenci saya ya. Satu video 300,000 tontonan terus menggelupur,” katanya.

Bagaimanapun, Khairul menjelaskan video yang menjadi perbualan ramai itu sebenarnya bukan kandungan baharu, sebaliknya pernah dimuat naik pada Oktober tahun lalu dan berjaya meraih lebih 10 juta tontonan.

“Padahal mereka tak tahu video itu saya dah pernah upload pada Oktober tahun lalu, video itu dah 10 juta tontonan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, dia sengaja memuat naik semula video berkenaan dengan sedikit suntingan bagi menjalankan eksperimen untuk melihat sama ada TikTok mampu mengesan kandungan yang pernah diterbitkan sebelum ini.

“Saya nak buat eksperimen, kalau ambil video sama, edit sikit dan tukar suara latar, adakah TikTok akan detect video itu video sama atau video baru.

“Saya nak cuba dan platform itu betul-betul detect video itu video lama, jadi ia disekat dan tidak masuk FYP,” katanya.

Tambah Khairul, apa yang lebih mencuit hatinya adalah apabila ramai individu yang tidak mengetahui situasi sebenar terus membuat andaian mengenai kerjayanya.

“Yang jadi kelakarnya ramai yang jadi palatao pergi tulis dekat Threads zaman kejatuhan Khairul Aming.

“Kot ya pun, tanyalah saya dulu kenapa video satu itu saja yang bermasalah,” katanya.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Jelaskan Sebab Restoran Rembayung Tidak Sediakan Sistem ‘Walk In’, Utamakan Keselesaan Pelanggan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

SOFI JIKAN DITAHAN POSITIF GANJA

Pelakon ini ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Selepas Bekerja Keras, Mira Filzah…

Tidak dapat dinafikan tahun 2018-2019 adalah tahun-tahun yang sibuk untuk pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32, Mira Filzah.  Namanya disebut-sebut kerana lakonan yang berkesan bagi drama-drama seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan […]

Featured Thu, 23 Apr 2026

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke World Music Contest (WMC) 2026 di Belanda

Hiburan Sat, 14 May 2022
Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang […]

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil memberikan pandangan peribadi berhubung kekeliruan anak muda masa kini yang masih teragak-agak sama ada mahu membeli atau menyewa rumah. Menerusi hantaran di Threads, Farah atau nama […]

error: Content is protected !!