Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 4:46pm

Yasin Makin Sihat & Berisi, Peminat Lega Lihat Perubahan Positif

Penyanyi dan komposer tersohor, Yasin Sulaiman, 50, yang kini menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak, mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan penampilan yang semakin sihat dan berisi.

Berbeza dengan keadaannya ketika ditahan di penjara sebelum ini, Yasin kini kelihatan lebih ceria dan bertenaga, sekali gus mengundang rasa syukur dalam kalangan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan dirinya.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, menerusi satu hantaran di Instagram selepas beliau berkesempatan menziarahi penyanyi lagu Mimpi Laila itu semalam.

“Diberi kesempatan menziarahi sahabat dan pejuang seni, saudara Yasin Sulaiman yang kini ditempatkan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian sama, Kamil turut menitipkan bait-bait lirik lagu Sepi Perantau, antara karya ikonik Yasin bersama kumpulan Brothers, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan seninya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamil Munim (@kamilmunim)

Difahamkan, kunjungan tersebut dilakukan selepas Kamil menghadiri beberapa program komuniti di kawasan Parlimen Tambun, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Yasin pernah kehilangan berat badan sebanyak 18 kilogram ketika menjalani hukuman penjara bermula November 2022 akibat menghidap penyakit tiroid.

Malah, abangnya Zain Sulaiman pernah mendedahkan keadaan Yasin yang terlalu kurus ketika itu sehingga kelihatan rangka tubuhnya.

Untuk rekod, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November 2023 membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Namun pada Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pada 28 April lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan melegakan apabila mengekalkan pembebasan Yasin daripada pertuduhan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Apr 2022
Trending Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Nama Kumpulan Pun Dah Macam ‘Sesat'” – PU Syed Sekali Lagi Tegur Penampilan Seksi Dolla

PU Syef sifatkan tegur Dolla perbuatan sia-sia, nama didakwa sesat

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Saya Tak Pernah Rasa Diri Cantik” – Sarimah Ibrahim Akui Sentiasa Ada Kekurangan

Sarimah juga tidak kisah melakukan adegan aksi sendiri demi memastikan setiap babak dilakonkan tampak lebih realistik

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Bakal Jadi Ibu!

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang tempoh hamil. Tahniah Nina dan suami!  

Hiburan Sun, 14 Apr 2019
Featured Mon, 22 Feb 2021
error: Content is protected !!