Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 14, 2023 @ 9:15pm

Anak Ditangkap Gara-Gara Najis D*dah, Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda – “Janganlah Kecam & Kata Saya Salah Didik Anak”

Pelakon veteran era 1990-an, Noralbaniah mengakui episod hitam yang menimpa anaknya Syarra Sudarman akibat penyalahgunaan dadah sebelum ini adalah ujian terhadapnya.

Menurut laporan Harian Metro, Albaniah berkata, tiada ibu bapa yang inginkan perkara tersebut terjadi kepada anaknya dan menerima ujian tersebut dengan reda.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Artis Wanita Popular Dipenjara 13 Bulan

“Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegitu. Benda itu berlaku tanpa saya duga.

“Apapun yang terjadi, saya terima dan reda. Mungkin apa yang berlaku hari ini akan menjadikan seseorang itu lebih baik di kemudian hari,” katanya.

Noralbaniah berkata, dia berasa agak sukar untuk berdepan dengan orang ramai pada mulanya namun kini tenang dan berlapang dada dengan ujian tersebut.

“Ada orang menghukum tetapi saya beritahu, anak saya bukan berusia 18 tahun tetapi sudah 28 tahun.

“Jika dia berusia bawah 20 tahun bolehlah saya tegur. Justeru, janganlah kecam dan kata saya salah mendidik anak. Ini ujian untuk saya, Alhamdulillah saya kuat.

“Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tetapi sekarang saya boleh terima dan berdepan dengan orang ramai. Dulu tiada media sosial dan tiada viral. Sekarang kita tak boleh buat silap, semuanya tular dalam media sosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noralbaniah turut memohon maaf kepada media yang gagal menghubunginya sebelum ini.

“Saya mahu memohon maaf kepada pihak media yang menghubungi tetapi saya tidak dapat membalas panggilan itu.

“Saya hanya dapat tahu berita penangkapan Syarra melalui wartawan berkenaan. Bayangkan perasaan saya ketika itu, terduduk dan terkejut bila dapat tahu mengenainya,” kongsinya.

Disoal mengenai perkembangan anak tunggalnya itu, Noralbaniah berkata kini Syarra dalam keadaan baik dan sudah keluar dari penjara pada Mac lalu.

“Alhamdulillah, saya juga pergi melawatnya di Melaka dan kerana berkelakuan baik, dia dibenarkan keluar awal dari penjara pada Mac lalu.

“Saya berasa sedih bila semua ini terjadi kerana Syarra juga berpendidikan tinggi dan lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL),” tutupnya.

Dalam laporan terdahulu, Syarra juga mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah jam 11.45 pagi pada 12 Oktober tahun lalu. Atas kesalahan itu, Syarra dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

Pertuduhan kedua pula apabila didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 3 petang pada tarikh sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.

Untuk rekod, Syarra adalah anak tunggal Noralbaniah menerusi hasil perkongsian bersama bekas pelumba kereta, Allahyarham Sudarman yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 10 Jun 1996.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Fri, 21 Feb 2020

“Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Pastinya ini dugaan yang terhebat buat keluarga Sinclair. Semoga terus tabah dan kuat!

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Hantaran Unik Dynas Buat Bakal Suami

Saya anggap ini hantaran paling istimewa. Daripada saya belikan barang lain, lebih baik saya hadiahkan sesuatu yang bermanfaat dan boleh dikenang sampai bila-bila…auw, sweet habis la awak ni Dynas!

Featured Thu, 15 May 2025
Hiburan Mon, 3 Mar 2025

[VIDEO] Individu Berpangkat Datuk Cuba Hasut? Farid Kamil Dakwa Hampir Terpedaya Dengan Fitnah Terhadap Diana Danielle

Farid Kamil dakwa ada pihak berusaha sebar fitnah isteri, cuba pisahkan rumah tangga dengan Diana Daniele

Hiburan Mon, 20 May 2019

‘Manusia Lebih Binatang Dari Binatang’- Ernie Zakri Berang Dengan Tindakan Penembak Monyet

Ayuh netizen lakukan kerja anda sekarang, kita cari sampai dapat!

Hiburan Wed, 15 May 2024

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula

error: Content is protected !!