Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2021 @ 7:28pm

Arsy Widianto & Tiara Andini Abadikan Kesetiaan Dalam ‘Memilih Aku’

Setelah kejayaan mereka dengan Siri Muzik “ArTi Untuk Cinta”, Arsy Widianto dan Tiara Andini sekali lagi melebarkan sayap mereka dalam industri muzik dengan lagu baru.

Kali ini, Arsy dan Tiara diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu berjudul Memilih Aku yang dicipta oleh Yovie Widianto.

Kedua-duanya bersyukur dan berasa bangga, dan mengaku bahawa menyampaikan lagu tema baru bagi jenama Telkomsel adalah satu penghormatan besar bagi diri mereka.

Ketika pelancaran perdana Memilih Aku, naskhah terbabit mendapat sambutan positif daripada pendengar.

Dengan demikian, Universal Music Indonesia memutuskan untuk mengubah Memilih Aku menjadi single agar masyarakat umum akan dapat menikmatinya.

Arsy menambah, kisah dalam “Memilih Aku” menggambarkan kesetiaan adalah salah satu nilai terindah dalam cinta.

“Walaupun dipisahkan oleh jarak, ruang, dan waktu, watak protagonist dalam kisah ini tetap setia kepada satu sama lain. Tiara dan saya berusaha menyampaikan lagu ini dengan jujur dan ikhlas sehingga emosi yang digambarkan oleh lirik dapat sampai ke hati pendengar, terutama mereka yang benar-benar dapat menjiwai kisah lagu ini,” katanya.

Dari segi proses produksi, single Memilih Aku agak unik dan berbeza dari yang lain kerana dijalankan ketika pandemik, dengan aktiviti pergerakan yang terhad.

Dengan pelancaran single Memilih Aku ini, Arsy dan Tiara berharap dapat menyebarkan mesej tentang keindahan dedikasi, kesetiaan, dan kepercayaan, terutama bagi mereka yang menjalin hubungan jarak jauh.

“Kami berharap lebih ramai pendengar akan dapat menikmati lagu baru kami, agar lagu ini menemani mereka dan memberi kesan positif kepada kehidupan harian mereka. Lagu ini juga dapat menggambarkan perasaan mereka yang sedang bercinta, agar mereka tetap bahagia,” tambah Tiara.

Selain dilancarkan di bawah Universal Music Indonesia di semua platform muzik digital, single Memilih Aku juga dihasilkan dalam bentuk video lirik yang akan disiarkan di saluran YouTube Arsy Widianto.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Noor Nabila Mohon Hak Penjagaan Sementara Jebat Jayden

Harap-harap Bella mahupun Sharnaaz boleh berbincang secara baik demi kepentingan Jebat Jayden.

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

“Dah Umur Macam Ni, Asyik Watak Mak Orang…” – Liza Hanim Akui Tak Rindu Berlakon

Liza turut berkongsi kebanyakan tawaran lakonan yang diterima sebelum ini dilihat kurang mencabar dan bersifat klise.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Amira Rose Drama Paling Hangat, Catat 10 Juta Tontonan

Drama yang dibintangi pelakon hebat, Aiman Hakim dan Farah Nabilah ini telah mencatatkan sebanyak 10 juta tontonan menerusi platform TV, atas talian, dan media sosial.

error: Content is protected !!