Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 7, 2022 @ 12:20pm

Ditawarkan ‘Job’ Yang Perlu Buka Tudung, Linda Rafar Rela Tolak Tawaran Demi Kekal Istiqamah

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengakui sering menerima tawaran berlakon dan mempromosikan produk yang perlu membuka tudung.

Menurut Linda, dia rela melepaskan setiap tawaran tersebut kerana tidak mahu mempermainkan tuntutan agama biarpun bayaran yang ditawarkan lumayan.

“Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.

“Saya pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima.

“Saya anggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi wanita berhijab yang berkecimpung dalam industri hiburan,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, penyanyi itu memilih untuk kekal istiqamah dan tidak mensia-siakan usahanya untuk berhijrah selama ini.

“Memang sukar dan ada kalanya hampir membuatkan kita terpengaruh serta terfikir untuk melakukannya kerana ramai pelakon yang menerima tawaran bertali arus selepas menanggalkan hijab.

“Saya cuba kuatkan semangat dan istiqamah walaupun ia bukan mudah untuk dilakukan. Mungkin itu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman saya.

“Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah.

“Jadi, saya sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah agar ditetapkan pada jalan yang telah saya pilih ini. Saya minta dilindungi daripada terpesong dan terpengaruh dengan godaan dunia,” katanya.

Selain itu, penyanyi kumpulan Elite itu turut menyatakan sokongan keluarga dan ikhtiar untuk mendekatkan diri dengan ahli agamawan sangat membantu untuk seseorang wanita kekal istiqamah.

“Saya sentiasa pastikan diri mendekati alim ulama seperti Ustaz Wadi Anuar dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani. Mereka mengingatkan saya agar lepaskan dunia dan terus kejar akhirat.

“Keluarga pula mewujudkan kumpulan WhatsApp bagi membolehkan kami berkongsi tentang ilmu agama. Ia sangat membantu untuk mengingatkan dan memberi kesedaran kerana kita manusia biasa, tidak lepas daripada berbuat dosa.

“Paling penting, selalu berdoa  dan meminta kepada Allah agar dilindungi dan dielakkan daripada terpesong ke jalan yang salah. Kita tidak boleh sekadar bercakap, sebaliknya perlu meminta supaya urusan kita dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan. Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas […]

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Hiburan Sat, 6 Jul 2024

Batuk Tak Hilang Hampir Dua Minggu, Alyah Masuk Hospital – “Setiap Kali Batuk Rasa Rusuk Kiri Mencucuk”

Batuk tak surut, Alyah pulang dua minggu awal dari Tanah Suci Kota Makkah

Featured Fri, 17 Jan 2025

[VIDEO] Nora Ariffin Panik, Dakwa Diikut 2 Lelaki Berbadan Besar – “Dia Siap Block Belakang Kereta Saya”

Kenderaan tersebut turut bertindak menyekat keretanya sehingga sukar untuk keluar dari parkir.

Trending Fri, 11 Jan 2019

KTM Beroperasi Tanpa Henti Selama 4 Hari Sempena Thaipusam

Perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves.

Featured Tue, 5 Oct 2021

Hotel Terkemuka Di Langkawi Diarah Tutup Sementera Selepas 59 Pekerja Positif COVID-19

Berikutan seramai 59 kakitangan dikesan positif COVID-19, sebuah hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup sementara. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, penularan jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung yang […]

error: Content is protected !!