Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 11, 2019 @ 1:11pm

KTM Beroperasi Tanpa Henti Selama 4 Hari Sempena Thaipusam

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter yang beroperasi tanpa henti selama empat hari tiga malam sempena sambutan Thaipusam bermula 19 Jan ini.

Operasi tren yang akan dilanjutkan itu membabitkan laluan Seremban-Batu Caves, Batu Caves-Seremban, Pelabuhan Klang-KL Sentral dan KL Sentral-Pelabuhan Klang.

Pengurus Besar Operasi KTM Berhad S. Mahendran berkata perkhidmatan itu disediakan bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khususnya penganut Hindu serta pelancong untuk ke Batu Caves.

“Operasi tren akan dilanjutkan selepas waktu perkhidmatan sedia ada, dengan penambahan 132 perkhidmatan tren, menjadikan jumlah tren yang disediakan adalah sebanyak 934 tren.

“Kita jangkakan lebih dua juta pengguna akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2019 berbanding 1.3 juta pengguna pada perayaan yang sama tahun lepas,” katanya pada sidang media di stesen KTM Komuter Batu Caves di sini hari ini.

Katanya perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves.

Kemudahan bas turut disediakan secara percuma di Stesen Sentul untuk ke Stesen KL Sentral dan penumpang boleh menyambung perjalanan menaiki tren mahupun mod pengangkutan awam lain untuk ke destinasi seterusnya.

Menurut Mahendran, lebih 400 kakitangan KTM Berhad termasuk polis bantuan akan ditugaskan sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan penumpang.

“Kaedah bayaran tambang perlu dibuat menggunakan Kad Komuter Link atau Touch n Go sahaja dan bersempena Thaipusam, Kad Komuter Link akan dijual pada harga RM3 berbanding RM5 bermula 19 Jan hingga 22 Jan ini.

“Penumpang warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun perlu menggunakan tiket khas untuk mendapatkan harga konsesi dengan diskaun tambang sebanyak 50 peratus,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar KTM Komuter Khair Johari Ishak berkata orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Grab akan diberi diskaun sebanyak RM5 daripada tambang perjalanan dari atau ke stesen KTM terpilih dengan menggunakan kod promo iaitu GRAB2KTMBC.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Trending Thu, 15 Apr 2021

Sanggup Redah Hujan, Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Semoga Ustaz Ebit Lew juga dimurahkan rezeki

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Wed, 5 Jul 2023

[VIDEO] Berlakon Spontan, Ramai Mahu Fazura & Lisa Surihani Berganding Semula – “Teringat Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia!“

Eh… Ifti dengan Izelea ke tu? Tolong berlakon jadi adik beradik lagi pleaseeee 🤣

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Hiburan Fri, 27 Dec 2024
error: Content is protected !!