Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain January 9, 2023 @ 2:09pm

Pilih Untuk Setia Bersama Isteri, Namron Dedah Pernah Didekati Seorang Wanita

Pelakon dan pengarah Shahili Abdan atau lebih mesra disapa sebagai Namron mendedahkan dirinya pernah didekati oleh seorang wanita ketika menjalinkan hubungan cinta bersama isterinya, Junainah Lojong.

Menerusi perkongsian di TikTok, Namron menyatakan pada awalnya wanita tersebut meluahkan hasratnya untuk berkawan, namun hubungan mereka menjadi lebih serius dan mula wujud rasa sayang.

“Dulu semasa saya bercinta dengan isteri saya sekarang ni, pernah ada seorang perempuan datang berjumpa saya dan cakap dia nak berkawan dengan saya.

“Saya terima dia, kami berkawan. Hubungan kami makin lama makin rapat, makin mesra dan dah mula ada rasa sayang,” katanya.

Menyedari perkara itu, Namron juga menyatakan dia mula rasa bersalah terhadap isterinya dan nekad untuk memutuskan hubungan dengan wanita tersebut.

Malah, pelakon itu turut meluahkan rasa syukurnya kerana kini dia lebih bahagia bersama isterinya.

“Kemudian saya rasa bersalah dengan isteri saya. Jadi saya jumpa perempuan itu dan saya cakap saya nak putuskan hubungan itu dan tidak boleh teruskan hubungan tersebut dengan dia.

“Bila ditanya kenapa, saya cakap kalau saya tinggalkan isteri saya untuk bersama dengan dia. Tak mustahil suatu hari nanti saya akan tinggalkan dia untuk perempuan lain pula.

“Sebab saya dah belajar untuk meninggalkan orang yang saya sayang. Dia menangis dan selepas hari itu kami tak berjumpa lagi. Alhamdulillah, sampai ke hari ini saya bahagia dengan isteri saya,” jelasnya.

@_nam_ron_ Aku belajar untuk meninggalkan orang yang aku sayang #fyp #dialog #inspirasi #cinta #nasihat ♬ original sound – TA Nam Ron

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Jan 2025

Nabil Ahmad Sekali Lagi Dikritik Netizen, Didakwa Dedah Aurat Isteri Pada Rakan

Nabil Ahmad dikritik dakwa dedah aurat ZIra Ayub kepada rakan konti

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Trending Wed, 4 Apr 2018

平均71岁CS电竞「白发战队」秒电爆鲜肉

谁说游戏只能年轻人玩?瑞典一支平均年龄71岁电竞战队伍「银色狙击手」(Silver Snipers),虽然头发早已苍白、满脸皱纹,但只要坐上电脑前瞬间霸气外泄,立刻震慑敌队的年轻人。

Events Thu, 3 Jan 2019
error: Content is protected !!