Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 26, 2019 @ 9:06pm

Hael Husaini Tiru Sam Smith?

Penyanyi Hael Husaini yang melancarkan klip video buah tangan terbarunya berjudul Hati di YouTube berjaya menambat hati peminat dan telah pun meraih 500,000 tontonan walaupun baru dilancarkan seminggu lalu. 

Walau bagaimanapun konsep video muzik Hati dikatakan meniru video muzik lagu  penyanyi antarabangsa Sam Smith berjudul ‘How Do You Sleep’. 

Namun demikian, pelantun lagu Jampi itu tidak bimbang kerana menurutnya dia pernah menggunakan konsep yang sama bagi video muziknya terdahulu, Bersyukur Seadanya. 

“Alhamdullillah, saya berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar muzik saya. 

“Biarlah jika ada yang mendakwa klip video Hati meniru artis lain.  Saya fikir mereka mungkin belum pernah menonton lagu hari raya saya berjudul Bersyukur Seadanya. 

“Saya menggunakan konsep sama untuk klip video Hati. Malah, penari yang terbabit juga sama. 

“Seperkara lagi, video muzik Bersyukur Seadanya dilancarkan lebih awal daripada How Do You Sleep,” katanya kepada BH Online. 

 

Kredit Foto: Instagram @haelhusaini

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Betty Stylo Walaupun Dalam Pantang

Comel je kan mommy Betty ni!

Featured Tue, 27 Aug 2024

“Dia Terima Saja & Menanti Tarikh Sebutan”- Peguam Sahkan Syamsul Yusof Nekad Lafaz Cerai

Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais tidak mengetahui mengenai dakwaan anak guamnya itu sudah melafazkan cerai terhadap isterinya di luar mahkamah. Malah Azmi berkata, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, […]

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Kurang Undian Online Punca Tersingkir, Ini Respons Ifa Raziah – “Saya Masih Teguh & Relevan..”

Yasss, ini yang kita mahukan. Tak putus semangat meski tersingkir. Min tengok persembahan Ifa pun banyak improvement dari minggu lalu ☺️☺️

error: Content is protected !!