Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin August 4, 2022 @ 2:01pm

“Saya Akan Jadi Panas Baran Dan Cepat Nangis” – Pernah Diganggu Makhluk Halus, Chacha Maembong Akui Mental Kena Kuat Dan..

Pelakon Chacha Maembong atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, mengakui tidak terlepas daripada mengalami dan merasai pengalaman diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran cerita bergenre seram.

Menurutnya, berlakon dalam naskah seram bukannya mudah berbanding terlibat dalam penggambaran drama biasa kerana ia memerlukan mental yang kuat.

Malah, adalah perkara biasa sekiranya makhluk halus tersebut ‘ikut’ pulang ke rumah.

“Macam saya, saya tak layan sangat sebab saya sejenis yang akan kata pada diri saya datang sebab nak bekerja so mohon ‘benda’ tu jangan ganggu. Kalau nak ganggu tunggu sampai habis berkerja.

“Bila dekat set tu adalah dengar-dengar tapi Chacha buat tak dengar. Tapi bila balik tu adalah yang mengikut… itu standard. Semua tempat yang kita pergi semua ada,” katanya kepada Xtra.

Berkongsi mengenai gangguan yang paling teruk pernah diterima, pelakon yang popular menerusi filem Anak Perjanjian Syaitan ini memaklumkan, pernah menerima gangguan ketika berada di rumah.

Perkara itu disedari selepas krew yang terlibat ketika penggambaran menegur tindakannya yang seakan-akan tidak betul.

“Yang paling teruk saya kena kacau dekat rumah. Sebab bila dekat set saya tak sedar tapi orang cakap say atak betul.

“Bila kita kena ganggu, kita tak rasa tau… tapi orang boleh nampak, bila orang nampak tu kita jadi panas baran. Bila petang pula, kita jadi cepat nangis dan mood pun berubah-ubah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, apa yang paling penting perlu dilakukan ketika terlibat dalam penggambaran drama atau filem bergenre seram ini adalah, tidak boleh terlalu gembira sewaktu berada di lokasi memandangkan kita tidak mengetahui keadaan ‘sebenar’ tempat tersebut.

“Bila terlibat dalam naskhah seram ni, perkara yang perlu dan tak perlu dilakukan adalah sentiasa beri salam dan jangan terlalu happy. Kita tak tahu kan tempat kita shoot tu. bila kita terlalu happy tu yang dia akan kacau.

“Selalunya kalau Chacha, habis je penggambaran Chacha takkan terus pulang rumah. Mungkin tunggu kat dalam kereta dulu kalau tak mesti dalam pukul 3 pagi atau 4 pagi Chacha tak boleh tidur,” jelasnya.

Meskipun sudah lali dengan insiden sebegitu, Chacha bagaimanapun tidak serik malah menganggap ia adalah cabaran buat dirinya memandangkan ia memerlukan mental yang kuat dan perlu sentiasa ‘ready’.

“Saya suka cerita macam ni sebenarnya. Saya suka cerita seram cuma amacam saya katalah, ambil job ni bukan senang.. mental kena kuat. Kita kena sentiasa berdoa dan be ready. Tapi kerja kan… jadi kita hanya teruskan lah,” katanya.

Chacha yang ditemui ketika sesi sidang media Detik 12 Malam dan Drama Remang yang berlangsung  di Scream Park, Sunway Lagoon Malaysia baru-baru ini juga memaklumkan drama seram ini merupakan naskah ketiga buat dirinya.

Drama 12 episod ini merupakan drama kompilasi cerita-cerita realiti seram yang akan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail, Natasha Elyzza dan ramai lagi.

Jadi jangan lupa saksikan  Remang yang akan bersiaran menerusi slot tonton Malam Seram pada setiap Isnin, pukul 11.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 May 2020
Hiburan Wed, 16 May 2018

Tahniah! Adira Hamil Anak Kedua

Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua. Cayalah, tahniah Datuk Red!

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Featured Wed, 17 Mar 2021

PEMERKASA: Bantuan One Off Sebanyak RM500 Kepada B40, Penerima BPR Mulai…

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif terbaru rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19. Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi ( PEMERKASA), kerajaan akan memberikan bantuan tunai one off sebanyak RM500 kepada B40 […]

Trending Mon, 9 Nov 2020
Events Mon, 8 Oct 2018
Drama Wed, 11 Mar 2020
Featured Sat, 18 Apr 2026

Shila Amzah Tak Kecil Hati Lebih Diterima Peminat Di China Berbanding Malaysia – “Saya Baik-Baik Sahaja”

Shila Amzah bersyukur apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat di China menerusi siri jelajah konsertnya di negara itu.

error: Content is protected !!