Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 18, 2026 @ 2:34pm

Shila Amzah Tak Kecil Hati Lebih Diterima Peminat Di China Berbanding Malaysia – “Saya Baik-Baik Sahaja”

Penyanyi popular, Shila Amzah bersyukur apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat di China menerusi siri jelajah konsertnya di negara itu.

Menurut pemilik nama penuh, Nurshahila Amir Amzah, 35, meskipun ada segelintir pihak yang membuat perbandingan menegnai jumlah besar pemiatnya di sana berbanding di Malaysia, Shila berkata, dia bertuah kerana karyanya terus mendapat tempat dan kekal relevan.

Bagaimanapun, dia juga akan tetap memberikan yang terbaik buat peminatnya tidak kira di mana sahaja dia berada.

“Bagi saya, kesukaan orang itu adalah satu perkara yang di luar bidang kuasa saya. Jadi, walau di mana sahaja saya berada, tidak kisahlah di Malaysia mahupun China, usaha saya dan minat saya terhadap bidang yang saya ceburi ini tetap sama sebenarnya,” katanya.

Shila tampil mengulas perkara demikian ketika ditemui selepas membuat persembahan pada hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie, malam tadi.

Jelasnya, tiada istilah dia lebih menyerlah di China berbanding Malaysia, sebaliknya faktor sokongan penonton mampu memebri kesan kepada setiap persembahannya.

“Tiada kaitan tentang saya mungkin lebih perform di sana berbanding di Malaysia. Namun, dari segi penerimaan itu, bagi saya, apabila saya beraksi di atas pentas, saya sebenarnya sedang meresap tenaga orang. Dan pastilah jika ada lebihan tenaga, ia akan memberi lebih banyak dorongan kepada saya untuk membuat yang lebih baik daripada sebelum.

“Selain itu, mungkin perbandingan dari segi tempat sahaja. Tetapi saya tak ambil hati pun. Saya rasa baik-baik sahaja,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kebimbangannya terhadap sambutan peminat di negara sendiri dan negara luar, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengambil inisiatif untuk memastikan niat dan matlamat asalnya tidak goyah.

Saya yakin ramai yang merasai perkara ini, bukan saya seorang sahaja. Hari-hari saya berdiri di depan cermin dan mengingatkan diri saya tetang siapa diri saya sebenarnya, kenapa saya berada di situ, dan semoga saya tak lupa niat asal saya.

“Pastilah saya juga tak jangkakan perkara itu, tetapi saya akui rasa berat hati untuk saya tengok perkara itu, terutama ketika saya berada di bandar yang terakhir di Nanjing, China. Saya memang sangat emosi terutama pula saya merupakan seorang ibu. Jadi, perasaan itu memang tak boleh nak diungkapkan. Terharu dengan apa yang mereka berikan pada saya.

“Sebab itulah, saya cuba sedaya upaya untuk memberi sesuatu kembali pada mereka. Mereka juga ada minta lagu baru. Saya juga ingin berterima kasih pada mendiang Khalil Fong yang menulis lagu saya iaitu ‘Dao Shi Shuo Ai Wo’ sehingga tular di China sehingga meraih 800 hingga 900 juta penonton. Fenomena itulah menyebabkan saya berpeluang melakukan touring menarik peminat baharu,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Artikel berkaitan:Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal

Artikel Berkaitan:AJL40 Separuh Akhir Bakal Bermula, 20 Karya Rebut Tiket Ke Pentas Akhir… Berapa Lagu Akan Layak?

Dalam perkembangan lain, Shila mempertaruhkan lagu Pernah Punya Aku di pentas AJL40 SA dan menantikan keputusan pada malam Ahad untuk berentap di AJL edisi kali ini.

Untuk info, hari pertama AJL40 SA saingan turut menyaksikan barisan lagu popular seperti Hijab Rindu (Black Hanifah), Rasa & Takdir (Amira & Haris), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).

Saingan bakal diteruskan lagi pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid),  Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie) sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.

Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 Jan 2022

Cerita Pengalaman, Siti Nurhaliza Tahan Sebak Depan 5 Selebriti Master In The House Malaysia

Selesai tugasan di Korea bersama Master tersohor K-Pop Idol yang menjadi pujaan ramai iaitu Bam Bam, kini lima selebriti Master In The House Malaysia (MITH) akan diberi tugasan lain bersama Master legenda Malaysia iaitu Datuk […]

Trending Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Trending Mon, 14 Jun 2021
Featured Tue, 13 May 2025
Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Trending Wed, 30 Aug 2023

Sambutan Penuh Harmoni Dengan Gema KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC.

Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu lalu. Sempena sambutan 50 tahun KFC […]

Featured Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Kongsi Karakter 4 Anak, Ibu Mengaku Syed Saddiq Kuat Membebel?

ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini berkongsi karakter empat orang anaknya iaitu, Sharifah Amani, Syed Salleh, Syed Abdullah dan Syed Saddiq.

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
error: Content is protected !!