Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 15, 2025 @ 6:17pm

Klinik Bantu Buat Rawatan Gigi, Zahnita Wilson Menangis Kegembiraan

Pelakon dan model jelita, Zahnita Wilson tidak dapat menahan sebak selepas membuat rawatan gigi di sebuah klinik pergigian.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram yang dimuat naik oleh klinik tersebut, Zahnita difahamkan membuat rawatan ‘whitening’ dan ‘composite veneer’.

Zahnita bagaimanapun mengalirkan tangisan kegembiraan setelah melihat hasil rawatan tersebut yang tidak lagi hitam di celah-celah giginya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat senyuman dan air mata Zahnita, malah ada juga yang mendoakan agar selebriti itu terus mekar selepas terbabit dalam isu rumah tangga.

Sebelum ini, Zahnita menafikan sekerasnya dakwaan telah ‘Muay Thai-kan’ suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor seperti yang didedahkan oleh oleh bapa anak empat itu, baru-baru ini.

Kemelut rumah tangga Zahnita dan suaminya, Abdul Zackery mula menjadi perbualan ramai selepas selebriti itu berkongsi foto mata lebam sekali gus mendakwa dirinya terbabit dalam keganasan rumah tangga.

Namun begitu, plot twist berlaku apabila suaminya pula mendakwa dia pernah hampir di muay thai’ oleh Zahnita.

Bukan itu sahaja, Abdul Zackery juga mendakwa isterinya itu berlaku curang sehingga bertindak lari dengan kekasih gelapnya itu selama enam bulan.

Artikel Berkaitan: “Saya Curang, Mana Buktinya?” – Zahnita Wilson Nafi Lari Dengan Teman Lelaki Selama 6 Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Sep 2020
Featured Sat, 27 Apr 2024
Trending Fri, 12 Jun 2020
Featured Wed, 20 Aug 2025
Featured Fri, 16 Apr 2021

“Kurang Ajar!” -Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa Iklan Judi Hari Raya Persenda Agama Islam

Baru baru ini tular sebuah video yang menggunakan lagu raya untuk mempromosikan aktiviti perjudian. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dilihat mempersendakan ajaran agama Islam. Salah screenshot tadi. Ni iklan Raya dari company […]

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Wanita Murah, Lelaki Tiada Pegangan” – Reen Rahim Luah Rasa ‘Meluat’ Banyak Cerita Kisah Penyondol, Rindu Drama Ada Nilai

Reen juga berpandangan naratif sedemikian tidak lagi relevan dengan realiti masyarakat masa kini

error: Content is protected !!