Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin September 21, 2020 @ 11:15am

Covid-19 : Kluster Baharu Di Pulau Pinang Kini Dikenal Pasti

Pihak Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kluster Ara.

Jangkiti 2 individu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sehingga kini kluster tersebut telahpun menjangkiti dua individu.

Kluster Ara dikesan apabila kes indeks iaitu kes ke-10, 024 melibatkan seorang lelaki berumur 44 tahun dan merupakan warga tempatan telah dikesan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu berikutan kedatangan kes dari Semenanjung.

Kontak rapat adalah anak saudara

Manakala, saringan kontak rapat turut dijalankan dan kes positif ini iaitu kes ke-10, 217 adalah merupakan anak saudara kepada individu berkenaan.

KLUSTER BAHARU DI PULAU PINANG: KLUSTER ARAKKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Pulau…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, September 20, 2020

Dr Noor Hisham berkata, seramai 16 individu disaring dan 14 daripadanya adalah negatif.

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan sudah dijalankan di lokasi terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya

Terkini #COVID19Malaysia 20 Sept 2020Kes sembuh= 40Jumlah kes sembuh= 9,355Kes positif= 52(kes import=12, kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, September 20, 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Wed, 20 Nov 2024

“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?

Yuka kelihatan menegur tindakan individu yang disifatkannya sebagai ‘delusional’.

Hiburan Wed, 12 Oct 2022

Percutian Mewah Jadi Bualan, Ini Respons Nazim Othman

Letups Nazim Othman kalau pegi bercuti

Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Tue, 1 Nov 2022
error: Content is protected !!