Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 20, 2025 @ 5:26pm

Pernah Berhabis Hingga RM100,000 Demi Barangan Berjenama, Anzalna Nasir Kini Mahu Bantu Keluarga Susah – “Doakan Saya Kekal Seperti Ini”

Pelakon jelita, Anzalna Nasir mengaku pernah membelanjakan sejumlah wang mencecah ratusan ribu ringgit demi sebuah barangan berjenama.

Kongsinya menerusi hantaran di Threads, dia bagaimanapun sedar duit yang dibelanjakan itu mampu membantu golongan yang memerlukan.

“Pada masa itu, saya dengan mudah boleh membelanjakan lebih RM100,000 untuk jenama mewah. Sekarang pun saya masih beli barang yang saya suka cuma tak gila macam dulu.

“Kerana sekarang saya sedar, harga satu beg berjenama boleh memberi makan kepada ramai keluarga, menyokong ibu bapa yang bergelut atau membantu seseorang bangkit semula,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, semakin menginjak usia dia semakin mahu mendekatkan diri dengan Tuhan dan berharap dia sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan.

“Semakin meningkat usia, hati saya hanya ingin lebih dekat dengan Allah.

“Hidup terasa lebih bermakna apabila saya menggunakannya untuk berbuat baik, memberi dan mencari keberkatan-Nya. Saya harap saya akan kekal seperti ini, sentiasa. Doakan saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

“Tidak mengejar cinta, hidup menjadi lebih tenang.” Jelas Sufian Suhaimi…..

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Afifah Nasir Kini Tunangan Orang

Tahniah Afifah dan tunang!

Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pihak Pendakwaan Ada Kes Yang Kukuh Terhadap Bekas Perdana Menteri – Tommy Thomas

Sehingga itu beliau akan menerima bahawa Najib Razak adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan.

Hiburan Wed, 27 Nov 2024

Usia Muda Bukan Penghalang, Harissa Adlynn Tidak Sangka Tercalon Pelakon Wanita Harapan FFM Ke-33

Harissa Adlynn tak sangka tercalon Pelakon Wanita Harapan FFM Ke-33

error: Content is protected !!