Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2024 @ 9:31pm

Tiada Niat Rahsiakan Pernikahan, Jue Aziz Syukur Suami Baharu Tepati Kriteria Yang Dicari – “Kami Terpaksa Awalkan Majlis”

“Tiada niat untuk merahsiakan, majlis pernikahan kami berlangsung secara ringkas di masjid,” demikian respons pelakon Jue Aziz yang selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Ridwan Hussien pada 18 Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 40, berkata majlis pernikahan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak terpaksa diadakan lebih awal dalam tempoh singkat bagi memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang tidak sihat.

“Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah S.W.T.

“Selepas majlis akad nikah, kami buat majlis bersanding secara ringkas di villa berhampiran sekali gus untuk membawa ahli keluarga bercuti,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Jue menyifatkan Ridwan seseorang yang telah melengkapi dan memenuhi kriteria seorang suami yang dicari iaitu rajin bekerja dan memberi sokongan kepada karier seninya.

Jue Aziz

“Kami sudah kenal lama selepas saya bercerai pada 2018. Suami saya hanya orang biasa dan dia juga bekerja dengan abangnya.

“Saya juga buat pendedahan ini kerana mahu betulkan persepsi orang yang bakal suami saya adalah golongan berada dan kenamaan sebelum ini.

“Anak saya juga sangat gembira saya sudah berkahwin semula dan dia dapat bapa baru,” katanya.

Sementara itu, Jue turut merancang untuk mengadakan majlis persandingan bersama rakan media dan selebriti pada tahun hadapan.

Jue Aziz

Ditanya majlis resepsi pula, kata Jue, dia merancang untuk mengadakan majlis persandingan dengan mengundang rakan media dan selebriti pada tahun depan.

Sebelum ini, Jue memuat naik video majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan di Instagram miliknya.

Jue pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik dari Indonesia iaitu Bayu Parman pada 2014 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 5 tahun.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12 tahun.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Nov 2021

Sempena Hari Lahir, Nabila Razali Beri Peminat Hadiah

Selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul Putus. Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer […]

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Betul Ke Suara Ain Edruce Aneh Dan Menjengkelkan?

Ain Edruce mengakui sebagai orang baharu dalam industri, pastinya beliau sendiri akan berasa bimbang terhadap maklum balas peminat terhadap dirinya apabila mereka menonton dikaca TV

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Zara Zya Nafi Dakwaan Sudah Bernikah Di Thailand

Zara Zya nafi sudah berkahwin di Thailand

Featured Sun, 30 Jan 2022

Moratorium Wajar Dilanjutkan Untuk Tempoh 6 Bulan Lagi – Pakar

Agak-agak moratorium dilanjutkan atau tidak?

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!