Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 28, 2020 @ 12:11pm

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Juara program Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin akhirnya tampil dengan single terbaharu beliau berjudul Panggung. 

Lagu ciptaan Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Romeo yang bergenre Rock N Roll ini adalah taruhan Faizal Tahir buat Apex untuk tampil dengan sesuatu kelainan memandangkan genre ini juga sudah lama tidak ada pada lagu-lagu zaman sekarang.

Sumber : www.xtra.com.my

Dan, apa yang menariknya dalam muzik video ini juga Apex turut tampil sebagai seorang rockstar. Amboi, nak caras Faizal Tahir ke tu?

Pemilik nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin,23, sebelum ini pernah menjadi viral ketika program Mentor Milenia 2019, apabila beliau dipuji oleh juri profesional, Datuk Syafinaz mengenai step ‘moonwalk’ nya. Malah, step itu juga turut dimuatkan dalam muzik videonya kali ini.

Jadi, kepada semua peminat Apex yang terlepas momen tersebut ketika program Mentor Milenia berlangsung, nah! Xtra sajikan korang dengan muzik video ‘Panggung’.

 
Untuk lirik lagu penuh Panggung korang boleh klik disini https://drive.google.com/open?id=1BOSxkX6ry1t-BMSML_kqKfmkl27sfryn

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jan 2022

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Tawau

Semoga negara & orang yang kita sayang dalam lindungan Tuhan

Hiburan Wed, 16 Jul 2025
Hiburan Wed, 8 May 2024
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Guess Who are The Most Listened-to KPOP Artists in 2018

Can you guess who’s got the No.1 Spot?

Featured Sat, 12 Aug 2023
error: Content is protected !!