Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 22, 2025 @ 4:32pm

“Saya Jaga Dia 19 Tahun, Tapi Kenapa Baru Sekarang?” – Edika Yusof  ‘Akur’, Anggap Isteri Fail Cerai Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi

“Saya cuba menyelamatkan, tapi dia yang tak nak”.

Demikian luahan pelakon Edika Yusof apabila ditanya mengenai isu perceraian yang telah difailkan isterinya, Nor Hidayah pada Mac lalu.

Kata Edika, meskipun terkejut dengan berita tular tersebut, namun dia reda dan menganggap ini adalah pengorbanan terakhir untuk isterinya sepanjang usia perkahwinan 22 tahun mereka.

“Kalau itulah dia punya cara untuk lepaskan saya suapaya dapat hidup baru, saya okaylah.. terima kasih.

“Esok birthday saya, jadi dia bagi mungkin 23 April kes Mahkamah. Jadi, itu adalah birthday present,” katanya.

Edika berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi temu bual bersama majalan hiburan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Edika menjelaskan, dia sudah menjadi suami yang terbaik sepanjang perkahwinan termasuklah menjaga Nor Hidayah ketika mengalami sakit sejak 19 tahun lalu.

Bahkan, keputusan untuk bercerai diusia 58 tahun ini bukanlah sesuatu yang yang disifatkannya sebagai sudah terlambat.

“Esok umur saya 58 tahun, jadi saya dah berkahwin dengan isteri saya 22 tahun lebih. Saya jaga dia dalam 19 tahun. Jadi bila time sekarang baru nak offer benda-benda tu saya rasa it’s too late for me. Sebab saya tak ada fikir sangat.

“Tapi jodoh ditangan Allah, tapi kalau lah dia fikir macam tu dia patut beritahu saya awal-awal. Sebab saya tak ada pun minta benda-benda macam tu (cerai). Sebab apa yang saya buat adalah rutin saya, saya tak complaint jadi saya juga tak suka tunjuk dekat luar apa yang saya buat.

“Tapi kalau dia rasa dia happy dengan  melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab  saya cuba menyelamatkan, tapi dia yang tak nak. Dan, as long dia happy dekat sana saya terpaksa berkorban lah,” jelasnya.

Ketika disoal mengenai penerimaan anak-anak, Edika bagaimanapun mengaku anak-anaknya kini hanya mahu melihat dia dan isteri gembira dengan keputusan yang dibuat.

“Anak perempuan saya masih bersama saya, anak lelaki dengan isteri jadi anak seorang pun dengan dia lah.

“Tinggal berasingan baru tiga buan lebih sebenarnya. Yang sulung memang dengan mak dia tapi anak perempuan saya memang dengan saya. dia tak nak ikut mak dia. Lagipun sekarang dia masih belajar lagi so saya fokus dia dengan saya sahaja.

“Mungkin generasi mereka (anak-anak) lain, tapi as long as dua-dua happy, mereka  tak ada pun nak merapatkan saf. Everybody are thingking their own self. Tak nampak sangat mereka fikir pasal kita,” ujarnya.

 

@nona.my Februari lalu, industri hiburan tanahair dikejutkan apabila isteri Edika Yusof telah memfailkan perceraian terhadap suaminya kini kes mereka dalam proses mahkamah. Berkesempatan menemui pelakon berusia 57 tahun ini di sebuah majlis baru² ini, ini perkongsian eksklusif Edika berhubung krisis rumahtangganya kepada Majalah NONA. NONA mendoakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan menemui kesudahan yang bahagia demi anak2, insya allah.. 😊🤲 #majalahnona #edikayusof #norhidayahyusri #fyp #fypage #foryou #foryoupage #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – NONA

 

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Feb 2026

Semarak Ketibaan Bulan Mulia… Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan Sepanjang Ramadan & Syawal

lebih 20 rangkaian program khas sepanjang Ramadan dan Syawal 1447H/2026M yang telah dirangka secara menyeluruh

Featured Thu, 12 Aug 2021

“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti” – Fedtri Yahya

Personaliti TV3 dan pengacara terkenal, Fetdri Yahya tampil menyatakan pandangannya berikutan isu melibatkan seorang selebriti media sosial yang didakwa tidak mempunyai empati dan sensitiviti kerana menggunakan kematian untuk dijadikan content Youtube. Menerusi laman Instagram, Fedtri […]

Featured Mon, 6 Apr 2026

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

8 REASONS WHY WE WILL ABSOLUTELY MISS JONGHYUN

Kim Jonghyun of SHINee passed away on December 18, 2017 after apparent suicide. We will miss him terribly.

Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

DSV Buat Perangai, Samakan Karipap Dengan ***

DSV samakan makanan dengan bahagian sensitif wanita???

Trending Wed, 5 Dec 2018

OMG! Tragedi Cas Telefon Sambil Pakai Earphone Berulang Lagi

Tidak sangka hanya kerana gemar mendengar lagu menggunakan earfon maut

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Dato Siti to Pay Tribute to Late Pak Ngah

It’s a sweet gesture from one legend to another.

Trending Thu, 2 Jul 2020
error: Content is protected !!