Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 18, 2025 @ 4:45pm

Salah Umum Persembahan Terbaik Milik Aina Abdul Selama 4 Tahun Berturut-Turut, Naz Rahman Mohon Maaf

“Saya harus minta maaf”.

Demikian respons pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Naz Rahman apabila seorang pengguna media sosial tampil mempersoalkan kenyataannya pada malam kemuncak acara berprestij itu.

Menerusi ciapan di X, individu tersebut memohon penjelasan adakah kenyataan Naz itu salah apabila mengumumkan Aina Abdul sebagai menang persembahan terbaik selama empat tahun berturut-turut.

“Correct me if i am wrong. But ini first time kan Aina Abdul menang persembahan terbaik? But, kenapa host announce Aina Abdul menang persembahan terbaik 4 tahun berturut-turut? Confuse sekejap,” ciapnya.

Sedar dengan khilaf yang dilakukan, Naz atau nama penuhnya, Nazrudin Habibur Rahman mengaku kesilapan yang dilakukan dan menjelaskan ia berlaku akibat kegemuruhan mengejar masa.

“Saya harus minta maaf. Dalam kegemuruhan ingin mengejar masa, salah saya sepenuhnya.

“Betul, pertama kali persembahan terbaik, dan terikat bersama Hafiz Suip, pemenang vokal terbaik 3 tahun berturut-turut. Hafiz masih in the lead, 4 kemenangan in total,” ulasnya.

Bagaimanapun, pengguna media sosial tersebut mengaku dia tidak bermaksud untuk menimbulkan kontrovesi melainkan berasa keliru dengan kenyataan yang dibuat Naz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 9 Jan 2018

10 LOCAL DRUGSTORE MAKEUP PRODUCTS THAT YOU NEED TO TRY!

2018 resolution: to slay without breaking the bank – CHECKED!

You’re welcome!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!

Hiburan Fri, 7 Apr 2023
Trending Thu, 25 Feb 2021
Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Thu, 13 Feb 2020

Selepas 33 Tahun, Rockers BELANTARA Kembali Demi Peminat Tanah Air!

Sama-sama kita nantikan kemunculan mereka di hadapan peminat yang setia menunggu selama 32 tahun untuk melihat mereka beraksi di depan mata.

LIFESTYLE Thu, 2 Aug 2018

Cara Hilang Stress Berpanjangan

Jangan di simpan didalam hati kerana stress atau ‘depression’ boleh membunuh dalam diam

error: Content is protected !!