Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 2, 2023 @ 12:46pm

Muncul Dengan Lagu Baru Selepas Lama Menyepi, ‘Terus Bersinar’ Buah Tangan Hafiz Suip Untuk Peminat

Penyanyi Hafiz Suip tampil menghasilkan lagu baharu yang berjudul, Terus Bersinar selepas sekian lama menyepi dari industri muzik tanah air.

Lagu yang menjadi buah tangan buat peminatnya itu telah ditulis oleh barisan penulis lirik yang hebat iaitu, Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga & Jova Devito (Nova Music (M) Sdn. Bhd.)

Menurut Hafiz, lagu yang bergenre balada ini dihasilkan untuk membawa mesej kepada anak.

“Sepanjang kerjaya, saya sudah merakamkan lagu yang menceritakan mengenai lumrah kehidupan yang semua orang lalui. Contohnya, lirik lagu Matahari mengisahkan hubungan kesusahan adik-beradik.

“Lagu Awan Nano pula menceritakan pengorbanan seorang ayah manakala lagu Kisah Cinta Kita adalah terjemahan kasih sayang antara suami dan isteri.

“Jadi, untuk lagu Terus Bersinar ini, mesej yang ingin disampaikan pula adalah mengenai anak. Boleh dikatakan, dalam karier saya setiap lagu ada jalan ceritanya yang tersendiri dan semua lagu itu juga ada kisah kehidupan yang mempunyai mesej,” katanya.

Dalam masa sama, Hafiz berharap lagu “Terus Bersinar” bakal menjadi sebuah karya pilihan dan diminati oleh semua seperti kebanyakan lagu-lagunya sebelum ini.

“Insya-Allah, apa-apa pun kita berserah kepada Allah. Namun, tidak mahu terlalu berharap. Pun begitu, saya sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu ini, apa boleh dikatakan adalah saya dapat rasa mesej yang ingin disampaikan.

“Saya sendiri menangis. Jadi, harapnya peminat dan pendengar juga dapat merasainya, insya-Allah,” jelasnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen YouTube Nova Music, rata-rata peminat Hafiz meluahkan rasa rindu untuk mendengar suara emas itu.

Bahkan, kebanyakan peminatnya turut tersentuh dengan lagu terbaharu penyanyi itu yang mempunyai maksud yang indah dan mendalam.

Bukan itu sahaja, single terbaharu ini juga menjadi runut lagu untuk drama TV3 yang berjudul ‘Surat Dari Tuhan’ lakonan Janna Nick dan Shukri Yahaya

Lebih menarik lagi, lagu tersebut telah meraih sebanyak 20,404 tontonan selepas dua hari dimuat naik di platform YouTube Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 2 Jan 2025

Angkat ‘Silent Language’ Dalam Muzik Video, Mimi Fly Raih Pujian – “Ikonik! Ni Memang Bertaraf Antarabangsa”

selain menjalani penggambaran selama 18 jam, Idea untuk MV Angkat ni tercetus pada jam 3 pagi.

Featured Wed, 9 Oct 2024

Baim Wong Akhirnya Dedah Punca Cerai, Isteri Curang Dengan Rakan Baik Sendiri – “Saya Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Sulit”

Ingatkan kat Malaysia je hangat isu cerai berai ni… rupanya dekat sana pun sama😱

Trending Tue, 17 Apr 2018

Is HERSHEY’S a Korean Pop Music Fan?

Their latest chocolate bar packaging is making people believe that they could be KPOP fans.

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Jom Sertai Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019!

Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019.

error: Content is protected !!