Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 2, 2025 @ 5:37pm

Angkat ‘Silent Language’ Dalam Muzik Video, Mimi Fly Raih Pujian – “Ikonik! Ni Memang Bertaraf Antarabangsa”

Penyanyi Mimi Fly meraih perhatian selepas muzik video terbaharunya berjudul, Angkat meraih pujian ramai.

Muzik video yang tular di platform TikTok itu menuai pujian apabila lagu popular nyanyian Sheeda itu diberikan nafas baru.

Selain mengetengahkan elemen rap, penggunaan bahasa isyarat yang diterapkan dalam muzik video tersebut juga menjadikannya sebagai salah satu muzik video yang ikonik.

“Yang faham bahasa isyarat perasan tak?,”tulisnya.

@mimiflyyy Yang faham bahasa isyarat perasan tak? 🤭 #ytjt ANGKAT MV is out on Youtube SEARCH MIMIFLY ANGKAT #mimifly #angkat #musicvideo #malaysong #dance #signlanguage #choreography ♬ original sound – MimiFly

Sedar dengan pujian yang diterima, Mimi mengaku bahawa idea tersebut datang pada jam tiga pagi dan dia bersyukur dengan ilham yang diberikan Tuhan untuk muzik video terbaharunya itu.

“Idea itu datang pada jam tiga pagi. Itu memang waktu yang tepat sekali. Memang produksi lagu Angkat ini seratus peratus Malaysia, orang Malaysia kita dari komposernya, dari produksinya, koreografinya.

“Ideanya memang saya teringin sangat nak tahu kehidupan orang Melayu lama. Termasuklah busana yang digayakan itu memang daripada pereka fesyen lokal dan memang saya nak mengetengahkan batik dan songket dalam muzik video ini.

“Saya ni independent artis jadi saya sangat bersyukur dan rasa bertuah dengan kehadiran orang yang sama passion dengan saya,” katanya.

Penggambaran muzik video yang mengambil masa 18 jam ini juga memerlukan Mimi untuk belajar bahasa isyarat dengan guru kelainan upaya (OKU).

Tambahnya, ia bagus kerana golongan ini juga mampu memahami apa yang cuba disampaikan menerusi lagu tesebut.

“Saya belajar bahasa isyarat ini dari seorang guru yang dia juga merupakan seorang yang pekak dan bisu.

“Cikgu ni juga merupakan cikgu yang mengajar di studio yang sama saya mengajar yoga dari situlah saya tahu yang benda ni boleh buat koreografi. Dan semua orang tahu yang saya anak OKU jadi keluarga saya memang dekat dengan orang OKU dan saya rasa lanagkah bagusnya jika orang kelainan upaya ni boleh tengok kita dan mereka masih boleh faham,” jelasnya.

 

Setakat artikel  ini ditulis, video yang popular di platform TikTok ini telahpun meraih lebih 2 juta tontonan manakala muzik video rasmi  ‘Angkat’ ini telah ditonton lebih 3,000 kali menerusi platform Youtube.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Thu, 12 Nov 2020
Featured Tue, 13 Nov 2018

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Darah haid berkurang, bererti ada sesuatu yang tidak berlaku pada hormon anda!

Featured Tue, 5 May 2026

Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Nubhan mengakui timbul pelbagai fitnah yang berlaku sebelum ini sehingga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Here’s a Full List of Every Dating Scandal G-Dragon Has Ever Had

There are quite a few ladies on this list.

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

张学友「再刷新纪录」荣登世界冠军

“歌神”张学友攻蛋倒数,他在崭新的2018年携「学友•经典世界巡回演唱会」横扫世界各地!前往泰国曼谷、星马、美国、澳洲等地开唱,门票早早秒杀完售、场场爆棚满座,所到之处都成为当地的最强盛事!

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tutup Ruangan Komen, Neelofa Kongsi Video Bilal Bermanja Dengan PU Riz – “Hati Ini Bahagia Bila…”

Nampak dah wajah Bilall hehehe, comellnyaa putera tercinta Neelofa dan Pu Riz ni! 😚😚 Moga membesar dengan sihat dan dilindungi olehNya Bilal sayang 🥰

Hiburan Thu, 24 May 2018

BIGBANG大成住院病因曝光! GD右脚踝动手术

韩团BIGBANG成员大成(대성)23日被爆服役中住院,但当时并没有公开病因,让粉丝相当担心难过……

error: Content is protected !!