Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 10, 2023 @ 2:32pm

Sufian Suhaimi Kongsi Sedang Kenal Hati Budi Seorang Wanita – “Bukan Memilih Untuk Berahsia Cuma…”

Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia kini sedang mengenal hati budi seseorang wanita ketika disoal mengenai status terkini penyanyi muda tersebut.

Berkongsi kepada XTRA, Sufian mengakui dia sedang menjalin cinta bersama seorang gadis.

“Kehidupan sekarang semakin ‘balance’, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk peribadi, kerjaya serta anak juga.

“Saya sedang mengenali hati budi seseorang dan apa yang boleh saya kongsikan dia adalah orang biasa bukan daripada kalangan selebriti. Kami kenal tahun lepas.

“Dia seorang pelajar, asal pun dari Selangor juga. Tetapi sebenarnya saya kalau boleh tak ingin kongsikan sangat mengenai dia,” kongsinya ketika ditemui pada majlis media gathering lagu Budi di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, pada Rabu.

Tambahnya, dia tidak mahu bercerita lebih mengenai soal peribadi sebaliknya hanya mahu fokus kepada kerjaya sahaja.

“Saya tak mahu sangat bercerita mengenai dia, ini kerana fokus saya dan apa yang ingin di ketengahkan ketika ini adalah kerjaya seni saya.

“Bukan memilih untuk berahsia daripada mana-mana pihak, cumanya tak mahu ia menjadi tajuk utama tentang saya.

“Ada benda yang saya buat untuk pendengar-pendengar saya. Lebih baik orang mengenali saya dengan karya-karya terbaharu saya. Lagu, lakonan dan sebagainya yang terkini tentang saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, disoal mengenai perancangan terdekat, pelantun lagu Terakhir ini memberitahu dia akan mengeluarkan beberapa single pada tahun ini.

“Saya juga ada beberapa lagu yang dah dirakam..ada lagu raya, balada, cuma masa sekarang belum sesuai lagi untuk saya keluarkan lagu tersebut.

“Saya rasa akan keluarkan selepas raya, Insya-Allah,” kongsinya ringkas.

Lagu Budi boleh didengari di semua platform digital muzik dan video muzik Budi kini telah mencecah 1,000,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Dituduh Wanita ‘Gold Digger’, Ameera Khan Tampil Bersuara – “Saya Ada Duit, Tak Bergantung Dengan Lelaki”

Ameera Khan menegaskan dia tidak bergantung kepada mana-mana lelaki dari segi kewangan

Featured Sun, 5 Aug 2018

Pecah Stereotaip, Nurul Zuriantie Shamsul Juara Di Hati Rakyat Malaysia

Biarpun gagal meraih gelaran juara pengalaman itu menjadi momen terindah bagi Nurul.

Trending Fri, 23 Jul 2021
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
error: Content is protected !!