Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom August 5, 2018 @ 3:00pm

Pecah Stereotaip, Nurul Zuriantie Shamsul Juara Di Hati Rakyat Malaysia

Penyertaan gadis manis ini dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe New Zealand 2018 (MUNZ2018) bukannya sebagai wakil negara.

Namun kejayaan Nurul Zuriantie Shamsul, yang berjaya mendapat tempat kelima dalam acara itu, cukup membanggakan.

Kemenangannya gadis berusia 20 tahun itu, diumumkan dalam halaman Facebook Miss Universe New Zealand, malam tadi.

Tidak sedikit berasa kecewa bahkan Nurul menerusi satu temubual menyatakan kegembiraannya dan terharu apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.

Foto: Instagram Pageant.IND

“Alhamdullilah. Saya teramat gembira. Ia merupakan satu pengalaman luar biasa yang membantu menjadikan saya sebagai seorang individu yang berketerampilan,” kata anak kelahiran Ampang, Selangor ini menerusi aplikasi WhatsApp, Sabtu malam.

Katanya lagi, biarpun tewas namun pengalaman itu menjadi momen terindah di dalam hidupnya lebih-lebih lagi melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga dengan anak mereka yang diumumkan sebagai lima finalis teratas.

Foto: Instagram Pageant.IND

Merupakan pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di University of Waikato, Hamilton, New Zealand, Nurul berpindah ke negara itu ketika berusia lima tahun.

Dia yang kelihatan anggun berhijab warna emas dan menyarungkan busana berperincian rona yang sama, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Nurul juga mencatat sejarah sebagai peserta bertudung pertama berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.

Anak sulung daripada tiga beradik itu sebelum ini disenarai pendek sebagai salah seorang 20 finalis bagi pertandingan berprestij itu, dan menjadi satu-satunya peserta Asia, beragama Islam dan bertudung.

Foto: Instagram Pageant.IND

“Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Syukur kepada Tuhan kerana memberi peluang yang begitu bermakna dan mempermudahkan perjalanan saya sampai ke tahap ini.

“Alhamdulillah, saya tenang, tidak gugup sedikit pun dan berpuas hati sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang MUNZ 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.

Foto: Instagram missuniversenewzealand

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018
Featured Fri, 25 Aug 2023

9 Tahun Menanti Zuriat, Siti Elizad Syukur Keluarga Tak Pernah Tanya Soal Anak

InshaaAllah moga ada rezeki untuk Elizad dan semua yang menanti zuriat😥

Featured Wed, 20 May 2026

“Kerja Apa Pun Ada ‘Dark Side’, Tak Semua Orang Dalam Industri Ni Tak Baik” – Zara Zya

Zara Zya mengaku bahawa tidak semua individu yang terlibat dalam industri seni tanah air memiliki sisi gelap seperti kenyataannya yang tular sebelum ini.

Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]

Featured Tue, 22 May 2018

Penemuan Spesies Semut Baharu Ini Diberi Nama Echinopla Tunku-Abduljalilii

Sultan Johor namakan spesies baharu semut iaitu Echinopla Tunku-Abduljalilii.

error: Content is protected !!