Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 20, 2026 @ 1:35pm

“Kerja Apa Pun Ada ‘Dark Side’, Tak Semua Orang Dalam Industri Ni Tak Baik” – Zara Zya

Pelakon Zara Zya mengaku bahawa tidak semua individu yang terlibat dalam industri seni tanah air memiliki sisi gelap seperti kenyataannya yang tular sebelum ini.

Kata Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, setiap pekerjaan memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun, sekiranya individu tersebut dikelilingi dengan orang yang baik dan persekitaran yang positif, maka itu adalah salah satu bentuk nikmat yang harus disyukuri.

“Tak semua orang dalam industri ni tak baik. Apa-apa pekerjaan pun ada dark side juga.

“Kalau jumpa orang yang ikhlas, baik, kita enjoy je dalam industri ni. Maksudnya happy lah bekerja,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, pelakon drama popular TV3, Risik Pada Hati ini turut menitipkan pesanan agar setiap individu bijak menjaga diri serta tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif.

“Yang penting, kena pandai jaga diri dan jangan cepat termakan hasutan setan,” jelasnya.

Terdahulu, Zara ampil mengejutkan ramai apabila berkongsi pengalaman hitam yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni termasuk dakwaan gangguan seksual dan cubaan mengambil kesempatan oleh individu tertentu dalam industri hiburan.

Malah, dia juga pernah berdepan pelbagai situasi menakutkan ketika menghadiri sesi casting dan pertemuan atas urusan kerja.

Artikel Berkaitan:“Suruh Saya Buka Baju” – Zara Zya Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Dalam Industri Hiburan, Hampir ‘Diperangkap’ VVIP

Artikel Berkaitan:“Saya Tumpang Aura Dia” – Zara Zya Teruja Kembali Digandingkan Dengan Adi Putra Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Artikel Berkaitan:Pernah Digelar Tak Popular, Zara Zya Dedah Identiti Pelakon Didakwa Perlekeh Dirinya – “Huruf ‘J’ Yang Dimaksudkan Bukan Janna Nick”

Artikel Berkaitan:“Bab Resepi Pun Boleh Gaduh, Makanan Ni Seni Tak Ada Betul Atau Salah” – Zara Zya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 May 2018

埃及图坦卡门墓墙后秘室「根本不存在」

埃及官方先前「90%确定」法老王图坦卡门著名的坟墓背后存在一个秘室;但最新研究显示,墓墙背后根本没有秘室!

Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto […]

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Rahsia Awet Muda? Bukan Mineral Tapi Susu Segar

Patutlah kulit licin betul, susu segar rahsianya! Korang tak nak try? Mana tahu boleh nampak awet muda macam Mariah Carey.

Featured Sat, 28 Jun 2025

Kehilangan 2 Rakan, Tam Spider Akui Masih Ralat… Bangkit Dengan Konsert Berskala Besar

Kehilangan dua anggota Spider membuatkan Tam masih berasa ralat.

Featured Fri, 19 Dec 2025
Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh 

Allahuakbar..Syafakillah adik Ainul.. Sama-sama kita doakan adik Ainul cepat sembuh

error: Content is protected !!